Wednesday, July 16, 2008

Dakwah Rahsia?

Dakwah Rahsia?

Salam,

Pada ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi keliru. Masih lagi berfikir itu dan ini. Satu persoalan yang membelenggu pemikiran aku “berapa rahsiakah sesuatu dakwah itu perlu di jalankan?”

Kita semua tahu dakwah itu dijalankan dengan pelbagai cara dan method. Setiap dai’e itu pula mempunyai cara yang tersendiri dalam menjalankan dakwah mereka. Ada yang menjalankan dakwah secara terbuka atau terang-terangan. Kadang-kadang memberi kuliah, tazkirah dan sebagainya. Menyampaikan mesej melalui penulisan artikel, blog, lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Mudah didekati dan di fahami. Ada pula yang menjalankan dakwah secara sirr atau secara tersembunyi. Tapi sejauh mana keberkesanan dakwah secara “sembunyi” ini?

Teringat sedikit coretan seorang rakan dalam bulletin friendster. Rasanya ada yang sudah terbaca. Katanya dakwah atau aku istilahkan sebagai usrah atau liqo’ atau halaqah ini seperti restoran. Kalau tukang masaknya pandai memasak dan menunya menyelerakan pasti ramai yang mahu datang.

Malahan tidak keterlaluan, mungkin akan ada yang datang kembali membawa sekumpulan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara bagi mencuba menu-menu lainnya. Ini analogi yang menarik untuk aku ulas. Memudahkan pemahaman semua pembaca.

Analogi yang aku cuba ulas di atas ini adalah berkaitan dakwah secara terang-terangan. Pelanggan boleh pilih apa sahaja makanan atau menu yang mereka mahu, nikmati dan kemudian memberi pujian atas makanan dan khidmat yang diberikan. Tapi kalau menunya tunggang langgang, khidmat pun bertaburan, entah esok atau lusa tak tahu pelanggan nak datang lagi atau tidak.

Itu dakwah secara terang-terangan, fikir pula analogi berkaitan dakwah secara tersembunyi atau sirriyah. Sebuah restoran yang cantik kelihatan dari luarannya. Beberapa pelanggan masuk kedalam kedai, duduk dan kemudian tercari-cari sesuatu. Mencari menu makanan. Tidak terletak di atas meja, tidak juga terpapar di dinding restoran seperti keselaluannya.

Pelanggan mula melambai-lambai kepada seorang pekerja. Kemudian pekerja restoran menghampiri membawa sekeping kertas dan memegang sebatang pen.

“Ye encik, nak makan aper?”

“Ada makanan ape ye?”

“Erm itu saya tak berapa pasti la encik. Kena tanya tukang masak.”

“Owh, ok. Cuba panggil tukang masak”

“Baiklah encik.”

Pekerja restoran berjalan ke arah dapur. Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki menghampiri. Memakai apron. Mungkin tukang masak restoran.

“Ye encik ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Em ada makanan apa ye?”

“Itu bergantung encik”

“Maksud awak?”

“Buat masa sekarang rahsia”

“Rahsia? Owh terlampau special ke sampai kena rahsiakan? Xpe2 saya faham. Boleh bagi saya tengok menu biasa-biasa je. Saya xnak yang special. Bagi yang biasa je”

“Maaf encik, kami memang takda menu”

“Laa..xda menu pulak. Kenapa?”

“Sebab menu kami semua rahsia encik.”

“Rahsia jugak?xpela. bagi saya jus saje la. Saya tak makan.”

“Jus ape encik?”

“Jus ape yang ada?”

“Erm itu rahsia kami”

“Laa..minum pun rahsia jugak?”

Lihat keadaan di atas. Ini analogi kalau dakwah itu terlampau tersembunyi. Berlaku bila sesuatu usrah atau halaqah itu terlampau rahsia. Dakwah secara tersembunyi ini bukanlah membawa kesan yang buruk, tetapi kerahsiaan itu perlulah bertempat. Perlulah bersesuaian dengan keadaan, masa dan individunya. Kalau semua perkara pun tukang masak (murabbi) kata rahsia, pelanggan (madh’u) pun bosan dan terus lari.

Aku ulas lagi sedikit hasil dari pembacaan. Tapi sebelum itu aku pinta agar sekiranya terdapat kekhilafan dalam penulisan ini TLG BETULKAN. Ada pendapat mengatakan dakwah secara sirriyah itu adalah salah. Malahan ada yang menghukumnya sebagai haram sama sekali. Kenapa di katakana begini? Lihat berikutnya.

Seorang khalifah yang sekaligus ulama di zamannya, Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, beliau berkata : “Apabila kamu melihat ada sekelompok orang (kaum) saling berbisik-bisik tentang sesuatu mengenai agamanya, tanpa (melibatkan) orang umum, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka sedang membangun kesesatan” (Diriwayatkan Imam Ahmad di dalam kitab “Az-Zuhdi” dan Imam Ad-Darimi dalam “Sunan”-nya )

Kemudian di sebut pula oleh Ibnul Jauzi rahimahullah dalam Tablis Iblis,dalam Al-muntaqa An Nafis Syaikh Ali Hasan rahimahullah mengatakanAgama kita adalah jelas lagi nyata, tiada yang tersembunyi, tersimpan, dan terahsiakan. Maka sesungguhnya apa yang dilakukan oleh sebagian orang berupa sembunyi-sembunyi/berahsia-rahsiaan, adalah satu pintu kesesatan, wal-iyadzubillah ta’ala”.

Lihat pula hujah-hujah atau penerangan mereka yang gemar berdakwah secara sirriyah ini. Kebanyakannya mencontohkan dari sirah Rasulullah SAW dimana dakwah secara sirriyah di lakukan Rasulullah pada awal perkembangan islam di Mekah. Memang benar ini berlaku. Tapi pada masa dan ketika itu, nabi melakukan dakwah secara sirriyah kerana keadaan pada zaman tersebut. Ianya tidak mengizinkan dakwah secara terang atau jahar kerana dakwah Nabi Muhammad SAW pada ketika itu adalah kepada golongan kuffar. Tetapi tidak lagi pada masa kini yang rata-ratanya berdakwah sesama muslim.

Allah telah memerintahkan Rasulullah dan kaum muslimin untuk secara terang-terangan mendakwahkan Islam dalam firman-Nya:

“Katakanlah, ‘Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajakmu kepada (agama) Allah dengan hujjah yang nyata’ ” (QS. Yusuf : 108)

Maka para ulama sepakat menyataan sirriyatud dakwah asalnya adalah haram tetapi di bolehkan dalam beberapa keadaan tertentu. Keadaan di mana kaum muslimin dalam keadaan tertindas (mustadl’afin) dan dalam keadaan mereka takut jika menjaharkan (berterang-terangan) Islam. Misalnya, berdakwah di negeri kafir yang sangat anti terhadap Islam dan keadaan di mana seorang da’i dalam keadaan tidak mampu mengatakan bahwa dirinya seorang muslim.

Akhir sekali, fikir-fikirkan dan mula renungkan kembali metod atau uslub dakwah yang di jalankan selama ini.

Anda fikir dan anda pilih.

Robbanic generation

88999 kota kinabalu

sabah

No comments: