Wednesday, July 30, 2008

Perjuangan di Bumi Palestin


Perjuangan menuntut darah

di tanah gersang ini.

Tanah yang dulunya suci

kini berubah menjadi tanah kotor

tempat berkumpulnya rasa benci.

Pihak manakah yang akan kau bantu

wahai musafir?

Pihak yang menumpahkan darah

atau pihak yang bermandikan darah

untuk membela sebidang tanah?

Teruskan perjalananmu wahai musafir

di sini bukan tempat untuk berpesta.

Bukan juga tempat untuk bersuka-ria.

Inilah tempat di mana Semua Mujahidin

berhimpun, berdiri atas kaki sendiri

mengekang musuh-musuh mereka

menyekat dengan semua kudrat dan

kekuatan.

Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan.

Bersama-samalah dengan kami andai

kamu mahu berjuang.

Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan

kami akan menunggu kedatangan

bantuan dari ALLAH.

Kami yakin ianya akan tiba.

Apabila tiba masanya…

25 Julai 2008

Jumaat

Nukilan Abu Hurairah

Kekurangan dirinya tidak pernah dijadikan alasan untuk turut serta memberi empati terhadap kesengsaraan saudaranya…

No comments: