Wednesday, July 30, 2008

Perjuangan di Bumi Palestin


Perjuangan menuntut darah

di tanah gersang ini.

Tanah yang dulunya suci

kini berubah menjadi tanah kotor

tempat berkumpulnya rasa benci.

Pihak manakah yang akan kau bantu

wahai musafir?

Pihak yang menumpahkan darah

atau pihak yang bermandikan darah

untuk membela sebidang tanah?

Teruskan perjalananmu wahai musafir

di sini bukan tempat untuk berpesta.

Bukan juga tempat untuk bersuka-ria.

Inilah tempat di mana Semua Mujahidin

berhimpun, berdiri atas kaki sendiri

mengekang musuh-musuh mereka

menyekat dengan semua kudrat dan

kekuatan.

Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan.

Bersama-samalah dengan kami andai

kamu mahu berjuang.

Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan

kami akan menunggu kedatangan

bantuan dari ALLAH.

Kami yakin ianya akan tiba.

Apabila tiba masanya…

25 Julai 2008

Jumaat

Nukilan Abu Hurairah

Kekurangan dirinya tidak pernah dijadikan alasan untuk turut serta memberi empati terhadap kesengsaraan saudaranya…

Wednesday, July 23, 2008

Berilmu tapi tidak berakhlak?

Kes 1 :
Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.
Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.
Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama’ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.
Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid’ah, engkau sesat!
Kes 2 :
Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tahu dan Faham
Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.
TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.
ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?
Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.
Firman ALLah yang bererti :
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. “(Surah az Zumar : 9)
Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.
Dari Jabir r.a : Sesungguhnya Nabi SallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :”Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?”. Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)
Hakikat Ilmu Yang Kita Ada
ALLahu..ALlah..
Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.
Firman ALLah yang bererti :
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”(Surah al Fatir : 28)
Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.
Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

Friday, July 18, 2008

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Berhubung Dengan Pertemuan Pas Dan Umno


Saya menyeru umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya pertemuan antara UMNO dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya. Pertemuan itu diharapkan bukan atas kepentingan mana-mana parti, sebaliknya di atas kemaslahatan umat. Anggaplah itu tanggungjawab menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.

Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik.

Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114). Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.

Saya yakin, pertemuan itu bukan untuk meleburkan identiti politik mereka, sebaliknya mungkin hasrat atau idealisme politik masing-masing dapat dilaksanakan secara selaras dan matang. Memang sukar untuk mana-mana pihak pun dalam dunia ini mencapai keseluruhan idealisme perjuangannya. Tetapi bak kata kaedah: “Apa yang kita tidak capai kesemuanya, jangan pulak ditinggalkan keseluruhannya”. Ertinya, jika tidak dapat mencapai tahap seratus peratus pun, janganlah pula sedikit sebanyak yang mampu diperolehi ditinggalkan.

Sikap ingin bertemu antara satu sama lain dalam suasana yang lebih harmoni itu adalah lambang kematangan politik kedua parti tersebut. Nabi s.a.w bersabda: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pertemuan itu saya percaya, bukan untuk mengungkit kisah silam, tetapi untuk membuka lembaran baru yang lebih menjamin kebaikan untuk umat dan negara. Kita ingin melihat mereka duduk dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah. Marilah kita semua berdoa agar hasrat tersebut dapat direalisasikan. Saya percaya, pada hari impian itu terlaksana, mereka yang ikhlas akan mengalirkan airmata kesyukuran yang tidak terhingga.

Thursday, July 17, 2008

Rahsia atau Tidak?

salam,
post kali ini adalah jawapan terbuka kepada seorang ikhwah. ianya perlu saya kongsikan di sini untuk tidak mengelirukan semua pembaca artikel "dakwah rahsia".
sama-sama kita nilai semula.

**********************************************************************************************************
salam,
syukran akh atas teguran nya..
erm afwan klu ana masih jahil pasal dakwah jahar dan sirr ni. ana pun blajar melalui pembacaan shj.

slagi ada pembetulan sebegini rupa ana terima dengan berlapang dada. tapi satu benda yang ana nak TEGASKAN disini ialah ana tidak katakan yang artikel ini adalah pendirian ana. malahan ana state dari awal artikel yang ana masih lagi berfikir dan keliru. berfikir dan keliru dengan pembacaan sebelumnya. berfikir dan keliru dengan tindakan beberapa ikhwah (penilaian dari blog dsbg).

"Pada ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi keliru. Masih lagi berfikir itu dan ini. Satu persoalan yang membelenggu pemikiran aku “berapa rahsiakah sesuatu dakwah itu perlu di jalankan?”

satu lagi yang harus di jelaskan di sini adalah penulisan blog bukan bertujuan menyampaikan sesuatu artikel itu secara MUKTAMAD. orang yang menulis sesuatu artikel dengan ideologi tertentu untuk di sampaikan secara MUKTAMAD adalah tidak wajar sama sekali.

"Aku ulas lagi sedikit hasil dari pembacaan. Tapi sebelum itu aku pinta agar sekiranya terdapat kekhilafan dalam penulisan ini TLG BETULKAN. Ada pendapat mengatakan dakwah secara sirriyah itu adalah salah. Malahan ada yang menghukumnya sebagai haram sama sekali. Kenapa di katakan begini? Lihat berikutnya."

inilah antara sebab mengapa ana tegaskan dalam artikel tersebut "supaya memperbetulkan" sekiranya pembacaan ana silap. di mana ianya lebih berbentuk kepada perbincangan atau perkongsian secara terus. itulah antara sebab mengapa ana lebih gemar membaca perbincangan dalam threading grup2 tertentu kerana ia melibatkan pelbagai fikrah dan tidak kepada penulisan blog semata-mata.

"Akhir sekali, fikir-fikirkan dan mula renungkan kembali metod atau uslub dakwah yang di jalankan selama ini. Anda fikir dan anda pilih."

dalam penutup artikel pun ana masih lagi tegaskan dan minta supaya pembaca terus berfikir. ana tak nak mereka terima setiap bait kata dalam penulisan tu secara membuta tuli sahaja.

akhir sekali afwan sekali lagi kalau artikel ana kurang tepat isinya. teruskan menegur. ana terima secara terbuka dan berlapang dada.

***********************************************************************************************************

sedikit perkongsian untuk pembaca, satu artikel yang di kirim kepada aku dan boelh di kongsikan sebagai bahan bacaan sebelum membuat sebarang penilaian.

Apakah Menerapkan Metode Sirriyah (Rahasia) pada Masa-Masa Awal Dakwah Merupakan Perbuatan Bid’ah?

oleh:Nabiel Fuad Al-Musawa

Pengatar : "akhir akhir ini sering banyak sindiran, kritikan,bahkan hujatan bahwa aplikasi metoda sirriyah dalam salah satu metoda dakwah sekarang adalah bid^ah dan tercela, padahal tentu kalau kita liat sirah nabawiyyah akan kita temukan metoda ini pernah dilakukan Nabi SAW dalam salah satu fase dakwah beliau SAW, dan tentunya sesuai kondisi, situasi , kondisi, dan marhalahnya. dan kita faham hukum dasar dari dakwah adalah secara terang-terangan (Jahr) . mudah-mudahan artikel dibawah bisa membantu menjelaskannya. " (abu akmal)

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (QS Yusuf, 12/111).

ALLAH SWT menyatakan dengan tegas dalam ayat ini: 1) bahwa kisah-kisah para Nabi dan Rasul ‘alaihimus shalatu was salam terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal, 2) bahwa Al-Qur’an bukan berisi kisah-kisah yang dibuat-buat melainkan membenarkan kitab-kitab sebelumnya, 3) bahwa Al-Qur’an diturunkan untuk menjelaskan segala sesuatu dan menjadi hidayah dan rahmat bagi kaum mu’minin dan mu’minah.

Berkata Imam Abu Ja’far at-Thabari rahimahuLLAH dalam tafsirnya [1]: ALLAH SWT mengingatkan bahwa dalam kisah Yusuf as dan saudaranya ini terdapat pelajaran bagi orang yang berakal dan agar mereka mengambil pelajaran darinya dan nasihat agar mereka mencamkan nasihat tersebut. Selanjutnya Imam at-Thabari menyebutkan beberapa riwayat yang menyatakan bahwa kisah-kisah tersebut hanya menjadi pelajaran bagi Yusuf as dan saudara-saudaranya saja (bukan bagi kita), namun beliau (Imam at-Thabari) membantahnya karena dalil dalam ayat bersifat umum kepada semua ulil-albab. [2]

Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya [3] bahwa makna (tashdiq alladzii bayna yadayhi) adalah: Al-Qur’an ini membenarkan hal-hal yang shahih (dari ajaran dan kisah nabi terdahulu) dan menghilangkan hal-hal yang menyimpang, perubahan dan penggantian serta menetapkan hukum nasakh (yang dihapus) maupun hukum taqrir (hukum yang ditetapkan). Lebih jauh beliau rahimahuLLAH menjelaskan [4] bahwa makna (tafshiila kulla syai’in) bermakna menjelaskan semua yang halal dan haram, semua yang mahbub dan makruh dan hal-hal yang selainnya. Hal yang sama juga dikemukakan oleh Imam Al-Baghawi dalam tafsirnya [5] waLLAHu ‘almu bish shawab.

Setelah itu semua maka ketahuilah wahai al-mu’minun wal mu’minaat bahwa ALLAH SWT Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui telah menyebutkan dalam firman-NYA bahwa metode dakwah baik secara sirriyyah maupun ‘alaniyyah keduanya merupakan metode dakwah yang shahih dan diakui di dalam Al-Qur’an, dan tidaklah yang mencelanya kecuali orang yang jahil dan ghullat (ekstrem) dari kelompok khawarij-jadiidah (khawarij gaya baru) yang dengan mudah mencela dan memvonis kelompok lain tanpa dilandasi tabayyun (check) dan ta’akkud (re-check) karena hiqd dan hasad yang telah bersarang dalam hati mereka, naudzubiLLAHi min dzalikas shifah.

Setelah kita memahami tafsir ayat di atas, maka marilah kita bahas pula kandungan dan tafsir ayat di bawah ini:

“Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan. Kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam.” (QS Nuh, 71/8-9)

Bahwa ayat di atas digambarkan bagaimana berbagai metode dakwah telah ditempuh oleh Nabi Nuh as dalam mendakwahi kaum dan ummatnya. Nuh as adalah 1 diantara ‘ulul-’azmi minar rusul (Rasul-rasul yang memiliki ‘azzam yang kuat yang merupakan Rasul-rasul yang paling tinggi derajatnya disisi ALLAH SWT [6]), dimana beliau ‘alaihish shalatu was salam telah melakukan berbagai metode dalam dakwahnya baik sirriyyah maupun ‘alaniyyah.

Berkata Imam at-Thabari [7] bahwa makna ASRARTU LAHUM ISRARA adalah: Hanya antara Nuh as dengan kaumnya secara rahasia. Berkata Imam Al-Qurthubi [8] bahwa maknanya adalah Nuh as mendatangi mereka satu persatu ke rumah-rumah mereka. Sementara Imam An-Nasafi [9] menyebutkan bagaimana Nuh as mengoptimalkan semua potensi dan semua cara dalam berdakwah, pertama beliau as mendakwahi kaumnya secara rahasia siang dan malam, lalu beliau as mendakwahi mereka secara terang-terangan, kemudian beliau as menggabungkan cara rahasia dengan cara terang-terangan, demikianlah cara ber-amar ma’ruf nahyul munkar, hendaklah dimulai dengan rahasia dan lembut lalu jika tidak berhasil maka barulah menggunakan cara terang-terangan dan tegas.

Imam al-Maqrizi dalam kitabnya [10] menyitir pendapat ‘Urwah bin Zubair, Ibnu Syihab dan Ibnu Ishaq tentang waktu antara awal kenabian (turunnya QS Al-’Alaq di gua Hira’) sampai turunnya ayat FASHDA’ BIMAA TU’MARU WA A’RIDH ‘ANIL MUSYRIKIIN [11] sampai pada WA ANDZIR ‘ASYIIRATAKAL AQRABIIN [12] dan ayat QUL INNII ANAN NADZIIRUL MUBIIN [13] adalah 3 tahun, Al-Baladziri [14] menyebutkan 4 tahun. Ada pula beberapa pendapat yang menganggap masa terputusnya wahyu tersebut sekitar 40 hari, 15 hari atau bahkan 3 hari [15].

Dalam sirah [16] disebutkan saat Abubakar ra memulai dakwah maka ia mulai mengajak kepada ALLAH dan Islam, yaitu orang yang diyakinkannya bisa merahasiakan dan mendengarkan dakwah, melalui dakwahnya maka masuk Islamlah Utsman bin Affan, Zubair bin Awwam, AbduRRAHMAN bin Auf, Sa’d bin Abi Waqqash dan Thalhah bin ‘UbaidiLLAH. Dalam riwayat masuk Islamnya Ammar ra diantaranya disebutkan [17]: … aku melihat RasuluLLAH SAW sedang bersembunyi karena dimusuhi kaumnya… Bukti lain atas masalah ini ialah perkataan Imam Ibnu Hajar dalam syarahnya atas Shahih Bukhari [18], beliau menyebutkan bahwa timbulnya perbedaan pendapat tentang siapa yang lebih dulu masuk Islam disebabkan masing-masing sahabat tidak tahu siapa saja yang sudah Islam. Bukti lain dakwah Nabi SAW secara rahasia pada periode awal tersebut adalah kisah masuk islamnya segolongan Jin yang diriwayatkan dalam hadits shahih [19] yaitu saat Nabi SAW mengumpulkan para sahabatnya di luar Makkah.

Dalam sunnah Nabi muhammad SAW terlihat bahwa fase dakwah sirriyyah berakhir setelah Nabi SAW mendapatkan jaminan keamanan dari ALLAH SWT [20]. Demikianlah yang harus diikuti, yaitu pertimbangan sirriyyah dan ‘alaniyyah dalam berdakwah adalah keamanan dan perkiraan sampai serta diterimanya dakwah itu sendiri, setelah dakwah aman dilakukan secara jahriyyah, maka wajib bagi para da’i menyampaikannya secara jahriyyah, dan itulah yang dilakukan oleh para da’i AL-IKHWAN sesuai dengan as-sunnah yang shahih sampai saat ini, waliLLAHil hamdu wal minah.

Jika dikatakan bahwa peristiwa sirriyyah itu telah dihapuskan (di-nasakh) dengan ayat WA ANDZIR ‘ASYIIRATAKAL AQRABIIN [21] dan ayat YAA AYYUHAR RASUL BALLIGH MAA UNZILA ILAYKA MIN RABBIKA [22], maka saya katakan bahwa ayat ini sama sekali tidak menasakh dakwah sirriyyah, selain karena dakwah sirriyyah merupakan cara dakwah yang diakui dalam Al-Qur’an dan tidak pernah dihapuskan hukumnya, selain itu nabi SAW-pun pernah melakukan dakwah sirriyyah ini sekalipun setelah ayat-ayat di atas diturunkan. Seperti saat peristiwa bai’ah Aqabah pertama [23], pada saat janji setia yang bukan janji untuk berperang ini beliau SAW melakukannya dengan sembunyi-sembunyi. Demikian pula saat peristiwa ‘Aqabah yang kedua [24], yang disebut sebagai janji setia untuk peperangan [25] juga dilakukan di malam hari dan secara sembunyi-sembunyi [26], bahkan sesama suku Aus dan Khazraj yang musyrik sama sekali tidak saling tahu [27]. Saat peristiwa hijrah sebagian besar sahabat ber-hijrah secara sembunyi-sembunyi [28], bahkan beliau SAW-pun melakukannya dengan sembunyi-sembunyi [29] walaupun sebagian sahabat ra ada pula yang melakukannya secara terang-terang-an [30]. Demikianlah baik sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan adalah bagian dari metode dakwah, keduanya dapat dilakukan sesuai dengan maslahat dakwah. SELESAI.

Dalam beberapa riwayat tersebut di atas nampak jelas tentang bahwa tahapan antara sirriyyah dan ‘alaniyyah dalam dakwah tersebut bukan merupakan bid’ah yang dibuat-buat tapi merupakan sunnah yang shahih, ia merupakan sunnah para anbiya’ wal mursalin shalawatuLLAHi was salamu ‘alayhi ajma’in. Tidak boleh diingkari oleh seorang muslim yang mu’min kepada kitabuLLAH dan mengikuti atsar salafus shalih ridhwanaLLAHu ‘alayhi ajma’in, kalaupun terjadi perbedaan maka perbedaan tersebut semata-semata dalam memahami kapan kedua metode tersebut dilakukan dan bagaimana ia dilakukan, dan hal ini merupakan lapangan ijtihad yang tidak dihalalkan bagi mereka yang berbeda pendapat untuk memaksakan pendapatnya, apalagi sampai memvonis bid’ah bagi yang berbeda. Pembahasan ini selesai dengan izin ALLAH SWT. ALLAHu musta’an.

Wamaa taufiiqii illa biLLAHi ‘alaiHI tawakkaltu wa ‘ilaihi uniib.

REFERENSI:

[1] Tafsir Thabari, VII/324

[2] Ibid.

[3] Tafsir Ibnu Katsir, II/655

[4] Ibid.

[5] Tafsir Al-Baghawi, I/287

[6] Tafsir Ibnu Katsir, IV/219; At-Thabari XI/302

[7] Tafsir At-Thabari, XII/248

[8] Tafsir Al-Qurthubi, XVIII/120

[9] Tafsir An-Nasafi, IV/282

[10] Imta’ul Asma’, I/15 (ditahqiq oleh Syaikh Muhammad Syakir)

[11] QS Al-Hijr, 15/94

[12] QS Asy-Syu’araa’, 26/214

[13] QS Al-Hijr, 15/89

[14] Ansab al-Asyraf, I/116

[15] Ini juga disebutkan dalam Ash-Shahihain dari hadits Ummu Jamil bin Harb tentang turunnya QS Adh-Dhuha.

[16] Sirah Ibnu Hisyam, I/262-269.

[17] Shahih Muslim, I/596

[18] Fathul Bari’, VII/84

[19] Shahih Muslim bis Syarh Nawawi, IV/168-170

[20] QS Al-Hijr, 15/95

[21] QS Asy-Syu’araa’, 26/214

[22] QS Al-Ma’idah, 5/67

[23] Sirah Ibnu Hisyam, II/41-42, lih. Juga dalam Fathul Bari’ I/66 dan Shahih Muslim III/1333

[24] Ibid, I/438

[25] Ibid, II/63; lih. Juga Musnad Ahmad V/316

[26] Ibid, I/439-443, 447-448; lih. Juga Fathul Bari’ VII/221; Musnad Ahmad III/460

[27] Ibid.

[28] Ibid, I/468; juga Fathul Bari’ VII/260-261; Shahih Muslim II/632

[29] Fathul Bari’ , VII/226, 231-232, 389; Al-Bidayah wan Nihayah, III/179; Syarhul Mawahib liz Zarqani, I/323; Musnad Ahmad, I/248; lih. Juga tafsir QS Al-Anfal, 8/30; QS At-Taubah, 9/40.

[30] Fathul Bari’, VII/260

Al-Ikhwan.net | 14 January 2006 | 13 Dzulhijjah 1426 H
Al-Ikhwan.net


Wednesday, July 16, 2008

Dakwah Rahsia?

Dakwah Rahsia?

Salam,

Pada ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi keliru. Masih lagi berfikir itu dan ini. Satu persoalan yang membelenggu pemikiran aku “berapa rahsiakah sesuatu dakwah itu perlu di jalankan?”

Kita semua tahu dakwah itu dijalankan dengan pelbagai cara dan method. Setiap dai’e itu pula mempunyai cara yang tersendiri dalam menjalankan dakwah mereka. Ada yang menjalankan dakwah secara terbuka atau terang-terangan. Kadang-kadang memberi kuliah, tazkirah dan sebagainya. Menyampaikan mesej melalui penulisan artikel, blog, lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Mudah didekati dan di fahami. Ada pula yang menjalankan dakwah secara sirr atau secara tersembunyi. Tapi sejauh mana keberkesanan dakwah secara “sembunyi” ini?

Teringat sedikit coretan seorang rakan dalam bulletin friendster. Rasanya ada yang sudah terbaca. Katanya dakwah atau aku istilahkan sebagai usrah atau liqo’ atau halaqah ini seperti restoran. Kalau tukang masaknya pandai memasak dan menunya menyelerakan pasti ramai yang mahu datang.

Malahan tidak keterlaluan, mungkin akan ada yang datang kembali membawa sekumpulan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara bagi mencuba menu-menu lainnya. Ini analogi yang menarik untuk aku ulas. Memudahkan pemahaman semua pembaca.

Analogi yang aku cuba ulas di atas ini adalah berkaitan dakwah secara terang-terangan. Pelanggan boleh pilih apa sahaja makanan atau menu yang mereka mahu, nikmati dan kemudian memberi pujian atas makanan dan khidmat yang diberikan. Tapi kalau menunya tunggang langgang, khidmat pun bertaburan, entah esok atau lusa tak tahu pelanggan nak datang lagi atau tidak.

Itu dakwah secara terang-terangan, fikir pula analogi berkaitan dakwah secara tersembunyi atau sirriyah. Sebuah restoran yang cantik kelihatan dari luarannya. Beberapa pelanggan masuk kedalam kedai, duduk dan kemudian tercari-cari sesuatu. Mencari menu makanan. Tidak terletak di atas meja, tidak juga terpapar di dinding restoran seperti keselaluannya.

Pelanggan mula melambai-lambai kepada seorang pekerja. Kemudian pekerja restoran menghampiri membawa sekeping kertas dan memegang sebatang pen.

“Ye encik, nak makan aper?”

“Ada makanan ape ye?”

“Erm itu saya tak berapa pasti la encik. Kena tanya tukang masak.”

“Owh, ok. Cuba panggil tukang masak”

“Baiklah encik.”

Pekerja restoran berjalan ke arah dapur. Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki menghampiri. Memakai apron. Mungkin tukang masak restoran.

“Ye encik ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Em ada makanan apa ye?”

“Itu bergantung encik”

“Maksud awak?”

“Buat masa sekarang rahsia”

“Rahsia? Owh terlampau special ke sampai kena rahsiakan? Xpe2 saya faham. Boleh bagi saya tengok menu biasa-biasa je. Saya xnak yang special. Bagi yang biasa je”

“Maaf encik, kami memang takda menu”

“Laa..xda menu pulak. Kenapa?”

“Sebab menu kami semua rahsia encik.”

“Rahsia jugak?xpela. bagi saya jus saje la. Saya tak makan.”

“Jus ape encik?”

“Jus ape yang ada?”

“Erm itu rahsia kami”

“Laa..minum pun rahsia jugak?”

Lihat keadaan di atas. Ini analogi kalau dakwah itu terlampau tersembunyi. Berlaku bila sesuatu usrah atau halaqah itu terlampau rahsia. Dakwah secara tersembunyi ini bukanlah membawa kesan yang buruk, tetapi kerahsiaan itu perlulah bertempat. Perlulah bersesuaian dengan keadaan, masa dan individunya. Kalau semua perkara pun tukang masak (murabbi) kata rahsia, pelanggan (madh’u) pun bosan dan terus lari.

Aku ulas lagi sedikit hasil dari pembacaan. Tapi sebelum itu aku pinta agar sekiranya terdapat kekhilafan dalam penulisan ini TLG BETULKAN. Ada pendapat mengatakan dakwah secara sirriyah itu adalah salah. Malahan ada yang menghukumnya sebagai haram sama sekali. Kenapa di katakana begini? Lihat berikutnya.

Seorang khalifah yang sekaligus ulama di zamannya, Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, beliau berkata : “Apabila kamu melihat ada sekelompok orang (kaum) saling berbisik-bisik tentang sesuatu mengenai agamanya, tanpa (melibatkan) orang umum, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka sedang membangun kesesatan” (Diriwayatkan Imam Ahmad di dalam kitab “Az-Zuhdi” dan Imam Ad-Darimi dalam “Sunan”-nya )

Kemudian di sebut pula oleh Ibnul Jauzi rahimahullah dalam Tablis Iblis,dalam Al-muntaqa An Nafis Syaikh Ali Hasan rahimahullah mengatakanAgama kita adalah jelas lagi nyata, tiada yang tersembunyi, tersimpan, dan terahsiakan. Maka sesungguhnya apa yang dilakukan oleh sebagian orang berupa sembunyi-sembunyi/berahsia-rahsiaan, adalah satu pintu kesesatan, wal-iyadzubillah ta’ala”.

Lihat pula hujah-hujah atau penerangan mereka yang gemar berdakwah secara sirriyah ini. Kebanyakannya mencontohkan dari sirah Rasulullah SAW dimana dakwah secara sirriyah di lakukan Rasulullah pada awal perkembangan islam di Mekah. Memang benar ini berlaku. Tapi pada masa dan ketika itu, nabi melakukan dakwah secara sirriyah kerana keadaan pada zaman tersebut. Ianya tidak mengizinkan dakwah secara terang atau jahar kerana dakwah Nabi Muhammad SAW pada ketika itu adalah kepada golongan kuffar. Tetapi tidak lagi pada masa kini yang rata-ratanya berdakwah sesama muslim.

Allah telah memerintahkan Rasulullah dan kaum muslimin untuk secara terang-terangan mendakwahkan Islam dalam firman-Nya:

“Katakanlah, ‘Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajakmu kepada (agama) Allah dengan hujjah yang nyata’ ” (QS. Yusuf : 108)

Maka para ulama sepakat menyataan sirriyatud dakwah asalnya adalah haram tetapi di bolehkan dalam beberapa keadaan tertentu. Keadaan di mana kaum muslimin dalam keadaan tertindas (mustadl’afin) dan dalam keadaan mereka takut jika menjaharkan (berterang-terangan) Islam. Misalnya, berdakwah di negeri kafir yang sangat anti terhadap Islam dan keadaan di mana seorang da’i dalam keadaan tidak mampu mengatakan bahwa dirinya seorang muslim.

Akhir sekali, fikir-fikirkan dan mula renungkan kembali metod atau uslub dakwah yang di jalankan selama ini.

Anda fikir dan anda pilih.

Robbanic generation

88999 kota kinabalu

sabah

Friday, July 11, 2008

Kenapa ragu dengan janji Allah?

dari blog teman=>

Ketika seorang muslim baik pria atau wanita akan menikah, biasanya akan timbul perasaan yang bermacam-macam. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya sang pendamping, dll. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Berikut ini sekelumit apa yang bisa saya hadirkan kepada pembaca agar dapat meredam perasaan negatif dan semoga mendatangkan optimisme dalam mencari teman hidup. Semoga bermanfaat buat saya pribadi dan kaum muslimin semuanya. Saya memohon kepada Allah semoga usaha saya ini mendatangkan pahala yang tiada putus bagi saya.

Inilah kabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan menikah. Bergembiralah wahai saudaraku...

1. "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah laki-laki yang sholeh, jadilah wanita yang sholehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. "Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nuur: 32)

Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan menikah. Salah satu sebabnya adalah karena belum punya pekerjaan. Dan anehnya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebagian mereka tetap ragu dengan besaran rupiah yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam pikiran mereka terbesit, "apa cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawaban buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jenjang pernikahan karena alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi kebutuhan keluarga. Bukan besaran rupiah yang sekarang mereka dapatkan. Nantinya Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah - dengan kewajiban menafkahi istri-istri dan anak-anaknya - maka Allah akan memberikan rejeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak punya apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rejeki yang berlimpah dan mencukupkan kebutuhannya?

3. "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Ar Ruum : 21)

5. "Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah niscaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, penurut, dst.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlash, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, pada waktu antara adzan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dan berpakaian dari usaha yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa berarti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dst.

Sebagian orang ketika jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Sebagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadits-hadits berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

"Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima shalatnya selama empat puluh malam". (Hadits shahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu." (Shahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan jimat-jimat dan guna-guna (pelet) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadits shahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat". (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan shalat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus shalat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7. "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 - 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. "Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". (Muhammad : 7)

Agar Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)

10. "Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?

Thursday, July 3, 2008

Jalinkan, Pelihara, dan Suburkanlah SilaturRahim





“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Berkenaan ayat ini, Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa’di berkata,

“Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan di antara mereka, bahkan menunaikan hak-hak mereka adalah di antara hak-hak Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya.” (Tafsir as-Sa’di, 2/11)

Dari itu, perlu difahami terlebih dahulu bahawa hubungan silatur rahim adalah suatu bentuk jalinan atau ikatan perhubungan yang dibina secara bersama di antara sesama ahli keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. Perkara ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Manzhur rahimahullah,

“al-Imam Ibnul Atsir rahimahullah berkata, “Silatur rahim adalah suatu ungkapan yang berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memperhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silatur rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya.” (Lisaanul ‘Arab, 14/318)

Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah seperti kedua ibu dan bapa, adik beradik, pak cik, mak cik, sepupu, nenek, datuk, anak-anak, dan selainnya yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat.

Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiyah (persaudaraan sesama Islam).

“... dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, 3: 103)

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara…” (Surah al-Hujuraat, 49: 10)

Dalam perkara menjalinkan silatur rahim ini, suatu yang perlu ditekankan dan lebih diutamakan adalah dalam persoalan menyambungkan hubungan dua pihak yang telah terputus atau mengalami masalah (krisis). Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu,

“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Jalinan silatur rahim yang paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa. Malah, ia adalah merupakan suatu yang wajib berdasarkan dalil-dalil yang jelas, yang antaranya,

“Dan tidak ada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang-orang yang fasiq, (iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, 2: 27)

Al-Imam ath-Thabari menyatakan berkaitan ayat tersebut sebagaimana berikut,

“Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya agar menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya.” (Tafsir ath-Thabari, 1/221)

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa-mu dengan sebaik-baiknya.” (Surah al-Isra’, 17: 23)

Menurut al-‘Allamah ar-Raghib al-Asfahani rahimahullah bahawa, “Kata rahim berasal dari kata rahmah yang membawa erti lembut, yang memberi petunjuk (gambaran/indikasi) supaya berbuat baik kepada orang yang disayangi.” (Mufraadaat al-Fazhil Qur’an, m/s. 347)

Kedua ibu bapa adalah ahli keluarga yang mempunyai ikatan nasab (keluarga/darah) yang paling dekat, malah memiliki jasa yang sangat besar, yang mana mereka telah memberikan kasih dan sayangnya sepanjang hidup mereka. Malah mereka memiliki hak yang paling utama di dalam tingkatannya dan terletak setelah perbuatan mentauhidkan Allah.

Contoh berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah dengan mengasihi mereka, memberi bantuan yang diperlukan, menyayangi mereka, memberi perhatian kepada mereka, menjaga nama baik mereka, dan juga termasuklah menghiburkan hati mereka. Ia bukan sahaja berlangsung setakat di masa hayat mereka, tetapi juga setelah mereka meninggal dunia iaitu dengan mendoakan kebaikan buat mereka.

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu,

“Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Amal apakah yang paling utama?” beliau menjawab, “Solat ketika tiba waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Berbaktilah kepada kedua orang tua.” Aku bertanya, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, dan Ahmad)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga melarang kita dari perbuatan derhaka kepada kedua ibu dan bapa.

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silatur rahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silatur rahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Manakala sebaliknya, orang yang memutuskan silatur rahim, Allah akan mempersukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkahan kepada harta yang dimiliki.

“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah di sana terdapat pula hadis yang berbentuk ancaman kepada mereka yang memutuskan silatur rahim sebagaimana berikut,

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjalinkan hubungan silatur rahim terhadap ahli keluarga yang lain dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara yang antaranya dengan mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, sentiasa berhubungan dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, menghulurkan sedekah kepada yang tidak mampu, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai iaitu kepada hidayah dan rahmat Allah Subahanahu wa Ta’ala.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka dapat juga dilakukan dengan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, menghiburkan mereka dengan memberi hadiah (dalam usaha melembutkan/melunakkan hati mereka), serta berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Menjalinkan silatur rahim memiliki begitu banyak manfaat yang di antaranya adalah sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi (mendapat) keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan yang dengannya mampu memberi peluang dakwah yang lebih baik dan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga dan menjauhkanku dari Neraka”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan menjalinkan silatur rahim”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nawawi Subandi,
23:27, 25 Jun 2008
Bandaraya Anggerik.