Monday, April 28, 2008

INFO: Awak Setuju?

AWAK SETUJU TAK DENGAN 15 SOALAN INI?

  1. Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
  1. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  5. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  6. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  8. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  9. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  10. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  11. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.

Friday, April 25, 2008

Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya!!!

Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya

Assalamualaikum WBT.

Okey selalunya kan kita baca orang akan tulis tentang method dakwah yang betul, bagaimana nak menghadapai orang-orang kena dakwah atau dengan perkataan femesnya Mad;u. Selalulah digarap hal-hal yang perlu dilakukan pendakwah atau kata femesnya dai'e. Antara perkataan yang selalu diguna kena berhikmah, kenal dulu siapa orang yang kita nak dakwah dan lain-lain. Tapi jarang atau senang kata tak pernah lagi aku jumpa tulisan atau ceramah sebut tentang method orang yang didakwah. Macam mana cara nak terima dakwah dari pendakwah.


Okey, maka dengan sedikit pengalaman aku sebagai orang yang selalu kena dakwah dan adalah sikit-sikit berdakwah, maka aku nak simpulan beberapa tips yang patut aku dan anda sekalian amalkan apabila seorang saudara atau saudari kita ataupun dengan perkataan yang femes dikalangan budak-budak Islamis iaitu Ikhwah dan Akhawat. Apakah tips-tips itu? Mari kita saksikan.

Sebelum aku nak bagi tips-tips ini kepada diri aku dan pembaca sekalian. Maka aku juga ingin mengajak aku dan pembaca-pembaca (macam ramai je hek!) untuk meneliti sedikit method yang lurus apabila membaca topik ini. Apakah itu method atau jalan yang lurus ataupun Sirothul Mustaqim apabila membaca topik ini. Inilah dia jalan yang lurus itu:

1) Letakkan diri kita sebagai seorang manusia yang kena dakwah dan bukannya sebagai seorang pendakwah.

2) Lupakan tentang orang lain apabila membaca tulisan ini. Ingat tentang diri kita dahulu.

3) Lupakan segala pengalaman kita berdakwah. Sebaliknya ingatlah pengalaman-pengalaman kita apabila di dakwah.

Okey mari kita check satu persatu.

Tips-tipsnya ialah:

1) Lihat apa yang dikata, jangan lihat pada siapa yang berkata- Sekiranya kita adalah seorang lelaki yang malas nak pergi solat Jemaah di surau ataupun masjid. Kita ni budak yang rajin pergi kelas, tiba-tiba datanglah seorang mamat ni. Dia ni boleh tahan rajin solat jemaah, tetapi malas sikit dalam belajar. Dia ajak kita pergi solat jemaah. Apakah respond kita?
Mungkin kita akan cakap "Elleh, kau selalu 'tuang' kelas, tunjuk bagus nak ajak aku solat, blahlah oi".

Mungkin juga kita akan cakap "Kau sebelum nak nasihat aku, naikkan dulu pointer kau tu, takat rajin solat tapi pointer rendah buat apa!". Dan mungkin banyak lagi.

Yang sepatutnya kita buat ialah menerima apa sahaja nasihat tak kira dari siapa pun yang datang memberikannya. Hatta kalau orang bukan Islam suruh kita buat baik, kita mesti terima nasihat itu. Jangan gatal-gatal mulut sebut "Oi kau kapir, apa kau tahu!".

2) Lupakan kejahatan si pendakwah- Mungkin si pendakwah ini ada sedikit kecacatan moral. Contoh kita ni rajin sangat solat, tapi pakai baju ketat-ketat. Lepas tu datanglah seorang minah bertudung labuh ajak kita menutup aurat dengan sempurna. Malangnya minah bertudung labuh ini terkenal dengan mulut lasernya suka mengumpat dan menjadi CNN di kalangan teman-teman hostel.

Apa reaksi kita? Mungkin kita akan kata: "Pakai je tudung labuh, tapi hati busuk buat apa". Ataupun "Kau tak tengokke dalam internet tu, minah-minah yang dok ringan-ringan dengan balak diorang pun pakai tudung gak."

Atau mungkin yang lagi laser akan jawab: "Elleh, aku tak nak jadi macam kau, pakai je tutup aurat, mulut macam mangkuk jamban."

Cara yang betul ialah mengucapkan terima kasih kepad si pendakwah kerana mengajak kita kepada kebaikan. Jangan hiraukan kejahatan si pendakwah, ingatlah kebaikan di dalam apa yang dia ajak.

Benda ini juga patut diaplikasi jika kita ni seorang yang tutup aurat, ala-ala gadis muslimah terakhirlah. Tiba-tiba datang minah pakai baju ketat dengan seluar jeans ajak kita pergi solat jemaah di surau. Janganlah kita tunjuk handal mengungkit tentang pakaiannya, sebaliknya hargailah ajakan dia.

3) Jangan selidiki pendakwah- mungkin kita akan didatangi oleh seseorang yang pandai mengajak orang tetapi dia sendiri tak buat apa yang dia cakap. Dia ajak kita solat jemaah tetapi dia sendiri solat di bilik. Dia ajak kita jangan buang masa duduk chatting-chatting, tapi dia ni dekat bilik kaki main game FIFA.

Terima nasihat dia. Tidak perli sibuk-sibuk menjadi ejen FBI mahupun CIA untuk menyiasat sama ada si pendakwah ini melakukan apa yang dia dakwah.
4) Lupakan kebaikan kita- mungkin si pendakwah ini adalah orang yang pernah kita bantu. Maka lupakan segala kebaikan kita kepada pendakwah itu. Contohnya seorang budak lelaki ini dulu ada pinjam duit kita waktu dia susah, kita selalu belanja dia makan dan minum sebab waktu tu dia tak ada duit. Satu hari kita berbelanja sakan, tiba-tiba kawan kita itu kata kat kita, "Tak elok membazir, kan elok jimat cermat".

Apa jawapan kita. Mungkin waktu itu dalam kelajuan 10MB sesaat, memori kita terus memproses segala duit-duit yang kita laburkan untuk sedekah kat kawan kita. Hasil pemprosesan itu mungkin kita akan menjawab "Oi, kau tak sedar diri ke, dengan duit akulah kau dapat survive sampai sekarang. Yang kau sibuk-sibuk apahal!".

Maka lupakan segala kebaikan kita kepada si pendakwah. Ambiklah kebaikan daripada nasihat si pendakwah.

5) Jangan beri alasan- Jika kita disuruh menutup aurat, jangan beri alasan panas, jika disuruh ke masjid jangan cakap sibuk. Paling kurang sebutlah "Terima kasih, Insya-Allah saya akan buat."

6) Carilah pendakwah- Kita mesti mencari orang yang boleh mendakwahkan kita. Jangan kita hanya menunggu-nunggu. Tempat yang sesuai mencari pendakwah-pendakwah ialah di masjid atau di kuliah-kuliah. Jika kita masuk ke masjid, dan melihat ada sekelompok manusia yang sedang berkumpul, bercerita tentang isu-isu agama, membuat usrah dan lain-lain pergilah kepada mereka.

7) Jalinkan hubungan mesra- rapat-rapatlah dengan si pendakwah. Jadikan mereka rakan kita. Belanja mereka makan dan minum, ajak mereka borak-borak ke, jalan-jalan ke. Ataupun bantu mereka. Contohnya kalau kita ni jaguh dalam matematik ke, B. Inggeriske, bolehlah kita tolong semakkan assignment-assignment pendakwah kita.

Sekian lah 7 tips menjadi orang didakwah yang berjaya. Sebelum mengundur diri aku ingin mengingatkan larangan apabila membaca topik ini:

1) Jangan baca topik ini dari kacamata seorang pendakwah kerana kita akan mencari-cari alasan untuk menjawab topik ini.

2) Jangan berfikir tentang rakan-rakan kita yang menjadi orang yang didakwah kerana nanti kita akan asyik mencari-cari kesalahan mereka sebagaimana yang tertulis dalam tips-tips di atas.


3) Jangan menjadikan tulisan ini sebagai satu teori untuk dibahas dan didebatkan, sebaliknya jadikan ia satu benda untuk diamalkan.

Ditakuti dengan melakukan larangan-larangan di atas, ia akan menjerumuskan kita ke jalan yang bengkok dan bukan lagi jalan yang lurus. Silap-silap jalan yang bengkang-bengkok itu akan membawa kita ke lembah gaung yang tak diketahui dalamnya.

Maka, aku ingin mengingatkan diri aku dan diri-diri pembaca sekalian. Apa yang aku tulis ini hanyalah apa yang aku rasa dan alami apabila menjadi seorang manusia yang didakwah. Maka, tulisan ini adalah nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Dengan menasihati orang lain, kita sebenarnya menasihati diri sendiri.

Apabila kita mengajak manusia bersolat jemaah sedangkan diri kita sendiri selalu solat seorang diri di dalam bilik, lama kelamaan nasihat kita akan memberi kesan kepada diri kita. Kita akan asyik teringat apa yang kita ajari dan lama-kelamaan kita akan memegang apa yang kita ajari walaupun mungkin sebelum ini kita ialah manusia yang cakap tak serupa bikin.

Sekian Wallahu'alam. http://the-authenthic.blogspot.com

Tafsir Surah Al-Kauthar

بسم الله الرحمن الرحيم

سورة الكوثر

Surat 108: 3 ayatDiturunkan di MAKKAH

Dalam surah ini Allah hiburkan Rasul-Nya &

menjanjikannya dengan ni'mat kebaikan yg limpah & mengancamkan

musuhnya dgn malapetaka keputusan keturunan & mengarahkannya

ke jalan bersyukur. Kerana itu surah ini merupakan satu gambaran dari

kehidupan da'wah & kehidupan penda'wah pd zaman permulaan Islam

di Makkah, iaitu satu gambaran dari angkara & gangguan2 yg

dihadapi Nabi s.a.w. & da'wah yg disampaikannya, juga satu gambaran

dari pemeliharaan & naungan Allah terhadap hamba-Nya & sekumpulan

para mu'min yang kecil. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan

fikirannya memberi janji yg baik kepadanya & mengancamkan

musuhnya dgn malapetaka.

Tafsir Al Azhar

Sangat Banyak

Tafsir Fi Zilalil Quran

Ni’mat Yang Banyak

Tafsir Ibnu Katsir

Sungai di Syurga

"Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu sangat banyak." Ayat 1:

Sesungguhnya sangatlah banyaknya anugerah dan kurnia 4JJI SWT kpd Utusannya:

-Wahyu, Ilham, nubuwwat, kerasulan, penutup, rahmat, pemimpin, memimpin agama yg benar,

"Al-Kautsar nama sebuah sungai sebelum menjelang ke syurga, di sanalah ummat Muhammad akan minum bersama Nabi seketika akan meneruskan perjalanan ke dalam syurga." (Muslim)

Ikrimah-Nubuwwat; Al-Hasan-AI-Quran; Al-Mughirah-Al-Islam; etc.

arti al-Kautsar adalah sangat banyak buat dihitung (14:34)

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.” Ayat 1:

Nikmat yg melimpah ruah; Rasulullah SAW: nubuwwah, hubungnnya dngn Allah yang Maha Besar; AlQuran: satu surah dr al-Qur'an merupakan satu ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah x berkesudahan; Malaikat: sentiasa mendoakan rahmat ke atas Rasulullah s.a.w. & mendoakan rahmat ke atas orang2 yg mendoakannya; Sunnahnya: kekal berterusan sepanjang zaman di merata pelosok bumi. Berjuta-juta manusia bersilih ganti menurut sunnahnya. Berjuta2 lidah & bibir x berhenti2 menyeru namanya. Berjuta2 hati sentiasa cinta akn sirahnya & sentiasa mengingatinya sampai hari Qiamat; Kebajikan: dngn dakwahnya turut dilimpahkan kpd yg tak blum lg beriman.

-Nikmat yg brbgai bntuk & rupa x dpt dhitung, nama Rasulullah SAW sentiasa berkmbar dgn nama 4JJI SWT.

-AlKauthar-sungai d dlm syurga untk Rasulullah(Ibnu Abbas)

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kpdmu nikmat yg banyak.” Ayat 1:

“Rasulullah SAW mengantuk sejenak, lalu beliau mengangkat kepalany sambil trsenyum, baik beliau yg brkata kpd mrk maupun mrk yg brkata kpd beliau, ‘Mengapa engkau tertawa?’ Rasulullah SAW menjwb, ‘Sesungguhnya belum lama td tlh dturunkn satu surah kpdku.’ Kemudian beliau mmbaca surah Al-Kautsar. Lalu beliau brtnya, ‘Tahukah kalian, apkh al-Kautsar itu?’ Mrk mnjwb, ‘4JJI & Rasul-Nya yg lebih tahu.’ Beliau bersabda, ‘Ia adlh sungai yg diberikn Rabb-ku SWT kepdku d Syurga, pdny terdpt byk kebaikan, d mana d hari Qiamat kelak umatku akn hilir mudik ke sungai itu. Bejananya sebynk jumlah bintang d langit. Lalu ada seorg hamba dari mrk yg gementaran, mka kukatkan, ‘Wahai Rabb-ku, sesungguhny dia trmasuk umatku.’ Kemudian dkatakn, ‘Sesngguhny engkau x mengetahui apa yg mrk tlh lakukn sepeninggalmu.” (Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, & Nasa-i)

"Sebab itu hendaklah engkau sembahyang karena Tuhanmu.""Dan hendaklah engkau berkurban." Ayat 2:

pangkal ayat 2; Sedemikian banyaknya nikmat anugerah Allah kepada engkau, menyebabkan tempat engkau beribadat hanya Allah, tempat engkau bersembahyang hanya Dia, tiada yang lain. Karena nikmat tidak akan didapat dari yang lain. Waktu solat & tatacara solat.

ujung ayat 2; an-Nahr-kurban di hari kesepuluh Dzul Hijjah (Yaumun-Nahr)

“Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.” Ayat 2:

Bersyukur dgn nikmat; melahirkan keikhlasan dan pemusatan hati kepada Allah dalam amal ibadat dan tujuannya

-Solat, sembelih binatang korban krn 4JJI & x menyertai upacara ibadat mereka mengikuti perbuatan mereka musyrik yang menyebut-nyebut lain dari nama Allah ketika menyembelih korban2.

Besarnya perhatian agama Islam dalam usaha membersihkan seluruh kehidupan dari kesan-kesan syirik; fikiran, hati, dlm ibadat & adat resam.

“Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu; & berkurbanlah.” Ayat 2:

Dengan kebaikan yg tlh 4JJI SWT berikan kpd Rasulullah SAW & umatnnya yg banyak di dunia & akhirat.;

-Tulus ikhlaslah dlm mengerjakn solat wajib & sunnahmu srta dlm berkorban hnya utk Rabb-mu.

Berkorbanlah dgn menybut Nama-Nya semata tiada sekutu bg-Nya. Lebih dari 1 ulama salaf “Yg dimaksudkn dgn hal itu adlh berkorban fisik & semisalnya.”

Bukan sprti org2 musyrik yg berupa sujud kpd selain 4JJI & menyembelih binatang dgn menyebut selain nam 4JJI.

"Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan putus." Ayat 3:

Abtar-Menurut bahasa yang dipakai orang Arab kalau ada seseorang yang banyak anaknya, laki-laki dan perempuan, tiba-tiba anak-anaknya yang laki-laki meninggal semuanya di waktu kecil (putus keturunan).

-4 anak prmpuan:Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kultsum dan Fatimah, 3 anak llki:Abdullah,Qasim dan Thaher.

-Al-'Ash bin Wail, Abu Lahab, Uqbah bin Abu Mu'ith-persangkaan yang salah: putuslah sebutannya, habislah sebutannya, habislah agama yang dibawanya.

-al-Kautsar:Banyak sahabatnya, banyak ummatnya & banyak pengikutnya,Beribu-ribu, berjuta & keturunan dari pihak anak perempuan(Fatimah); raja2, ulama, ahli politik

-Sebahagian besar mati dalam peperangan Badar, anak Abu Lahab mati diterkam singa & dia mati sakit hati sbb kalah. Sedang orang-orang yang membencinya itu putuslah berita mereka, tidak ada khabamya lagi.

“Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan.” Ayat 3:

orang yang terputus itu bukannya Nabi Muhammad s.a.w., tetapi orang2 yg memusuhi dan membencinya & janji Allah itu amat benar kerana sebutan nama mereka telah terputus, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. terus disebut dan disanjung tinggi.

Ia akan menghulurkan dahan-dahan dan cabang2nya & menunjangkan akar umbinya jauh ke dalam. Yg terputus ialah kekufuran, kebatilan & kejahatan biarpun bagaimana ia membesar & kuat.

Ukuran2 Allah berlainan dari ukuran2 manusia, tetapi manusia shja yg terkeliru & tertipu apabila mereka menyangka bahawa ukuran2 merekalah yg menentukan hakikat segala perkara:

-D mana? tokoh2 Quraysh yang mengejek Nabi Muhammad s.a.w. dgn ejekan2 yg hina & menarik hati org ramai, mereka menyangka bhw mereka tlh berjaya menghancurkan Nabi Muhammad s.a.w. & menyekat jalan da'wahnya, di mana mereka sekarang, & kesan2 peninggalan mereka dibandingkan dgn ni'mat2 kebajikan yg melimpah-ruah yg dikurniakan kpd Rasulullah yg dicap mereka sbg manusia yg terputus keturunannya itu

“Sesungguhnya orang-orang yg membencimu, dialah yg terputus.” Ayat 3:

Sesungguhny org yg membencimu, hai Muhammad, serta membenci apa yg engkau bawa, baik berupa petunjuk, kebenaran, bukti nyata, & cahaya yg terang benderang adlah org yg terputus, yg paling minim jumlahnya, & paling hina.

-“Al-'Ash bin Wail jika disebutkn, maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Biarknlah org itu, krn ia seorg yg x memiliki penerus. Jika ia binasa, maka terputuslah penyebutannya.’ Lalu 4JJI menurunkn surah ini.” riwayat Yazid bin Rauman.

-Dari ‘Atha’, ayat ini turun berkenaan dgn Abu Lahab. Ketika putera Rasulullah SAW meninggal, kemudian Abu Lahab pergi kpd org2 musyrik seraya brkata, “Tadi malam Muhammad tlh terputus.” Lalu 4JJI menurunkn ayat ini berkenaan hal itu.

Al-Abtar

Sekali2 x demikian, ttpi 4JJI tlh mengabdikn beliau d dlm benak semua org. & dia tlh mewajibkn syariat-Nya d atas pundak hamba2-Nya, secara terus-menerus & utk selamanya sampai hari Qiamat.

Mudah-mudahan shalawat dan salam senantiasa terlimpahkan kepada beliau sampai hari pemanggilan

Amin.

Sunday, April 20, 2008

buat adikku, sayangku, buah hatiku, pengarang jantungku

Perjalanan ke mana sahaja buat aku rasa lemah. lemah melihat keletah remaja islam kita. lemah melihat teman-teman sekuliah. betapa kita tak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. membazirkan setiap detik dan denyut nadi kita di muka bumi ini. sampai bila semua ini?

lama aku harap. harap dengan sungguh. harap agar aku kembali bersemangat. harap agar adik2 ku menyedari kurnia Allah. harap agar kesayanganku menyedarini nikmat yang Allah limpahi.

warkah ini aku tulis buat adik-adik ku, buat kesayanganku, buat buah hatiku dan buat pengarang jantungku...

Adik-adik ku,

Bangunlah adik-adik ku,

Bangkitlah dari tidurmu,

Singkapkan selimut yang hangat menutupi tubuh adik2 di malam yang dingin,

Tinggalkan jauh mimpi2 indahmu,

Adik-adik ku,

Di kala adik2 enak tidur,

Enak berselimut kain tebal,

Enak makan di hidang ibu adik2 tercinta,

Masih ada insan yang tersangat seksa perjalanan hidupnya,

Tahukah adik2,

sahabat adik2 nun jauh di Palestin meratap menangis hiba,

Berlarian dari satu dinding batu ke dinding batu yang lain menuju ke sekolah,

Mengelak dari terkaman peluru2 zionis,

Mengelak dari letupan bom yang entah bila akan meletus,

Sampai bila perjalanan ini harus mereka lalui,

Nasib tidak berketentuan,

Entah esok,

entahkan lusa,

mereka mati di tembak tentera,

mungkin tika adik2 hanyut dalam dunia indah adik2 bersama kawan tercinta,

mereka bermati2an menahan dan melindung kawan2 dari serangan2 tentera,

sakitnya,

sakitnya kulit terbakar dek letusan bom,

sakitnya kulit terkoyak dijahit di sana sini,

sakitnya mata tak mampu melihat lagi,

sakitnya kudung kedua2 belah kaki,

adik2 ku,

sedarlah, bangkitlah, hargai apa yang adik2 miliki selama ini…

sayang ku,

buah hati ku,

pengarang jantung ku,

cantik rambutmu ditiup angin petang,

indah warnanya di simbah mentari senja,

warna hitam ikal mayang,

sesekali kau selak rambut mu kebelakang,

nampak panjang mengurai,

sayangku,

buah hatiku,

pengarang jantungku,

tahukah sayang ku disana nun jauh di iran,

gadis2 muda seusiamu bermatian berlarian di jalan,

tahukah buah hatiku nun jauh disana ,

gadis2 cantik seusiamu di heret sepanjang jalan,

tahukah kau pengarang jantung ku nun jauh disana,

gadis2 cantik seusiamu di kasari tentera2 tak berperikemanusiaan,

tahukah kau semua ini sayang ku,

tahukah kau semua ini buah hatiku,

tahukah kau semua ini pengarang jantungku,

kenapa mereka berlarian?

Kenapa pula mereka diheret sepanjang jalan?

Dan kenapa mereka di kasari tentera tak berperi kemanusiaan?

Kerana sehelai kain yang menutupi kepala mereka,

Kerana sehelai kain yang melindungi rambut mereka,

Kerana labuhnya pakaian mereka,

Kerana panjangnya lengan baju mereka,

Sayang ku,

Buah hatiku,

Pengarang jantungku,

Pandang rambut mu,

Hitam dan cantik,

Lihat pula bajumu,

Cantik lagi molek,

Kerling pula lenganmu,

Putih tersangat gebu,

Adilkah ini sayangku,

Adilkah ini buah hatiku,

Adilkah ini pengarang jantungku,

Mereka bermatian mempertahan aurat yang ada,

Mereka bermatian mempertahan maruah yang tersisa,

Sayang ku pula?

Sayangku pula bermatian membuka aurat selagi mampu,

Buah hatiku pula bermatian menayang rambut selagi daya,

Pengarang jantungku pula bermatian menjual maruah selagi ada!

Sejadah Biru

Sejadah biru tu aku pandang. Terlipat kemas di atas katil. Sudah beberapa minggu atau bulan berkeadaan begitu. Tidak terusik. Entahlah, sampai bila.

Sebelum tidur aku alihkan sejadah ke kerusi bersebelahan katil. Bangun tidur aku letak semula di atas katil. Begitulah rutinnya. Tak pernah di gunakan.

Kalau dulu sejadah tu kerap kali aku cuci. Setiap minggu. Kini sejadah tu makin jarang di cuci. Sentiasa bersih kerana tidak digunakan.

“apa la ko ni, mengasing diri. Lupe ke kat member-member.”, tempelak teman sekuliah aku semasa group discussion kami petang tadi. Aku hanya diam. Malas nak bertekak.

“aku sibuk sket.” jawab aku ringkas.

“kami suma pun sibuk. Ada jugak masa nak kuar sama-sama, tgk wayang, bowling suma. Ko plak yang macam tak cukup masa. Nak kata jam kredit ko banyak semester ni tak jugak. Sama je jam kredit kita 8 jam kredit. Nak kata sibuk tesis kami pun sibuk tesis jugak.” tempelaknya lagi.

“ha’ah la. Ardi yang 26 jam kredit semata-mata nak konvo sekali dengan kita pun ada masa free.”, sampuk sarina. “jomla. Pas abis discussion ni kita kuar. Tgk wayang. Aku belanja ko. Ada muvee baru tau. Dalam kul 530 ni ar tayangan.” Tambahnya lagi.

Aku cuma senyum. Jam sekarang 430 petang. Bermakna tak sampai beberapa minit grup discussion kami kemudian halatuju kami bertukar ke Bandar Kota Kinabalu. Menonton wayang. Aku biarkan pertanyaan sarina tadi tergantung. Tidak berjawab.

Setengah jam perbincangan, selesai. Suasana di foyer fakulti semakin lengang. Maklumlah banyak kuliah tamat ada masa ni.

Aku atur langkah laju. Keluar dari foyer menuju ke bus stop. Beberapa minit perjalanan belum sampai ke bustop sebuah kereta berhenti tepat di sebelah aku.

“hairi. Jom la. Kan dah janji tadi.” Sarina rupanya. Masih mengajak aku keluar untuk tgk wayang. Rata-rata hampir semua teman sekuliah aku memandu kereta. Senang kata mereka. “khairul, ardi pun dah setuju. Dorang tunggu kita kat sana trus. Jomla.” Sarina mula memujuk.

“aku ada hal sket la. Tak dapat pergi. Lain kali ek. Aku janji.” Aku ketandusan alasan. Terpaksa menabur janji. Janji yang entah bila aku dapat tunaikan.

Sarina senyum dan kemudian berlalu. Mungkin dia pun ketandusan kata memujuk aku.

Langkah aku atur semula laju. Beberapa biji bas berlalu semasa aku berbual dengan sarina tadi. Nampaknya aku mungkin terpaksa menunggu lebih lama di bus stop.

Semasa di bus stop, jam menunjukkan 520 minit petang. Aku mula mencongak dan berkira-kira. Bas selanjutnya mungkin lewat.

Aku teguhkan hati. Berkeputusan berjalan kaki menuju ke kolej kediaman. Jalan yang berbukit di kampus UMS membuat aku tercungap-cungap.

Lima belas minit berjalan aku sampai ke bilikku. Penat. Aku capai tuala kemudian ke bilik air. Mandi dan membersihkan diri.

Selang beberapa minit aku sudah siap di bilik berbaju. Wangian aku calitkan ke pergelangan tangan, leher sambil menggosok-gosoknya. Merencana untuk keluar.

Waktu maghrib di sabah awal sejam berbanding di semenanjung. Azan maghrib berkumandang. Sayu dan sayup. Setiap lafaz bagai terus menusuk ke hati aku. Aku keraskan hati. Berjalan menuju ke pintu. Tombol aku pulas perlahan. Keluar dan perlahan-lahan merapatkan pintu. Belum pun pintu habis dirapatkan, aku terpandang sejadah biru di katil. Masih lagi terlipat kemas. Lama aku pandang. Kemudian aku rapatkan pintu.

Entahlah berapa lama lagi sejadah tu akan terbiar begitu. Sepi. Kalaulah kawan-kawan aku yang lain tahu perubahan ni entah apa kata mereka lagi. Pasti ada yang mencebikkan bibir.

Tepat jam 10 malam aku pulang ke bilik. Mula berkira-kira apa yang perlu aku sediakan untuk kuliah esok. Laptop aku capai. Switch on.

Diari islamiah milikku aku buka. Menyelak helaian demi helaian. 17 April 2008, 10 Rabiulakhir 1429H. submit draf tesis, jumpa supervisor, return buku library. Satu demi satu aku baca. Menyemak apa yang utama.

“Assalamualaikum.” Kedengaran salam di beri sayup di luar pintu. Aku buka. Terjengol akh husin.

“Wa’alaikumsalam.” Jawabku. “Masuklah, awat tak gtau nak datang. Nasib ada kat bilik. Klu dak alamat tabah menanti la kat luaq pintu.” Sambung aku lagi dalam loghat utara yang tunggang terbalik.

Akh husin senyum. Dia masuk dan duduk di katil aku. Kami berbual-bual seketika. Sudah beberapa bulan aku bersama akh husin. Dia banyak membantu aku. Berubah perlahan-lahan.

Dulu aku rasa semuanya sudah cukup sempurna. Cukup segala-galanya. Tapi aku silap. Masih banyak yang aku perlu lakukan.

Aktiviti harian aku mula berubah. Jadual harian aku di susun semula. Agar lebih teratur. Lima waktu aku sempurna berjemaah di masjid. Kadang-kadang qiamullail di masjid beberapa kali seminggu. Bangun tahajud di surau blok aku. Aku gembira dengan apa yang aku lakukan.

Sudah lama aku tak sentuh sejadah biru di bilik. Sepinya sejadah itu sama sepinya seperti beberapa tahun dulu. Tapi bezanya, dulu aku rasa kacau melihat sejadah itu sepi. Terlipat kemas tanpa digunakan. Tapi kini aku gembira lihat sejadah itu sepi. Juga terlipat kemas tanpa digunakan.

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Surah At Taubah : 18)



robbanic generation

88999 kota kinabalu

sabah

Saturday, April 19, 2008

perpindahan blog

salam,
oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,
blog bertukar ke



segala kesulitan amat dikesali..

INFO: Buat Mujahidah Da'wah

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

(Surah an-Nisa’ [4]:9)”


Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai engineer, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.

Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan? Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH. Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.


Namun, dengan amanah sebagai engineer dan sebagai murabbi sehari-hari, terpaksa saya ringkaskan qoulan syadida ini, mudah-mudahan tetap bermanfaat buat mereka yang benar-benar sudi menjadi mujahidah da’wah.


Menyempurnakan separuh daripada agama


Umum tahu betapa pernikahan menyempurnakan separuh daripada agama. Bahawa pernikahan memelihara diri kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Bahawa pernikahan itu bisa bernilai ibadah. Bahawa pernikahan itu umpama mendirikan masjid. Haidth-hadith tentang itu semua, tentunya kalian sedia maklum.


Mujahid dan mujahidah da’wah, yang benar-benar komited terhadap da’wah, tentunya dan pastinya akan menghadapi pelbagai macam kesulitan, halangan dan rintangan. Itulah lumrah dan adat jalan da’wah. Bagi yang belum merasakannya, kesimpulannya mudah: anda belum berda’wah! Atau anda tidak ikhlas berda’wah hingga tidak layak diuji! Atau anda mengambil jalan yang menyimpang daripada jalan da’wah! Noktah. Tidak perlu argument di situ.


“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

(Surah al-Baqarah [2]:214)



“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut [29]:2-3)



Diuji dalam surah al-Ankabut di atas, bukan sekadar uji. Ia ujian yang sangat berat, kerana ALLAH menggunakan perkataan “fa-ta-na” di situ, bukan sekadar “imtihan”. Ertinyqa, ujian itu sangat berat, persis seperti orang yang difitnah, lantaran perkataan fitnah saja berakar kata dari fa-ta-na tadi.



Oleh kerana itulah, untuk menstabilkan emosi dan perasaan para mujahid da’wah, perlunya mereka bercepa-cepat kepada pernikahan, lantaran pernikahan menghasilkan stability (Sakinah) atau ketenangan, seperti yang diungkapkan oleh ALLAh SWT di dalam al-Quran;


“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".

(Surah al-A’raf [7]:189)



Maka, wajar saja mereka yang tidak memilih pernikahan sebagai stabilizer dikatakan bengong atau terburuk oleh Nabi-Nya SAW;


“Orang yang paling buruk di antara kamu adalah para pembujang, dan di antara orang-orang mati yang terburuk adalah orang yang mati dalam keadaan membujang.”

(Hadith riwayat Abu Ya’la dan Thabrani)


Namun, pernikahan pula, seharus dan sewajarnya mengikut tatacara dan tatasusila yang digariskan oleh Nabi SAW;


“Nikah itu adalah sebahagian sunnahku maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia tidak termasuk umatku.”

(Hadith riwayat Ibnu Jauzi)



Ertinya bukan pada nikah itu saja menjadi sunnah, tetapi tentulah cara, prosedur dan etika kepada pernikahan juga, harus, wajar dan perlu mengikut sunnah! Kerana pernikahan yang berpandukan sunnah, adalah pernikahan yang diniatkan untuk semakin dekat dan semakin rapat dengan ALLAH SWT. Bagaimana mungkin pernikahan yang dicemari oleh cinta “anta-anti” dan zina hati, bisa membawa kepada kecintaan kepada Ilahi? Mana mungkin!


Itulah sebabnya, tatkala ALLAH SWT –di dalam ayat yang lain- mahu menceritakan tentang betapa isteri-isteri/suami-suami mendatangkan cinta dan belas kasih, ALLAH mulakan dengan menyebut “di Antara tanda-tanda kekuasaan-Nya”, kerana sepatutnya pada pasangan hidup anda itu, akan anda dapati tanda-tanda kekuasaan ALLAH.



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.

(Surah ar-Ruum [30]:21)



Lalu, jika perjalanan anda saja menuju pernikahan itu sudah dipenuhi noda dosa, khalwat di alam maya, zina hati dan lain sebagainya, bagaimana mungkin anda melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH pada pasangan anda itu, sedangkan anda sedang melakukan maksiat kepada ALLAH?



Hadith Arbain 1: Setiap sesuatu bermula dengan niat



Kerana pernikahan itu harus bersandarkan sunnah, maka saksikan sendiri guideline daripada Rasulmu SAW;



“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara:

i) kerna hartanya

ii) kerana keturunannya

iii) kerana kecantikannya

iv) kerana agamanya

maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (jika tidak) maka binasalah engkau.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Simple. Hanya orang-orang yang mempunyai niat yang berlainan dengan niat yang sepatutnya dimiliki oleh setiap mereka yang mengikut sunnah nabi-Nya SAW –dengan memilih jodoh berasaskan factor agama- yang akan terpinga-pinga dalam menentukan bagaimana calon yang beragama itu. Adakah beragama seseorang itu, andainya ia jauh daripada medan perjuangan Islam, sedangkan para sahabat R.A menjadikan perjuangan Islam sebagai matlamat dan kerjaya nombor satu mereka? Adakah beragama seseorang yang tidak merasa ghairah untuk melazimkan bacaan al-Quran setiap hari? Adakah beragama seseorang yang tidak henti-henti berbicara dengan lawan jantina, hingga terkadang membawa kepada berdua-duaan di alam siber, sedangkan perbicaraan yang dilakukan adalah perbicaraan yang tidak penting dan tidak perlu sebenarnya? Adakah beragama seseorang yang tanpa segan silu membiarkan hatinya terjebak dengan zina?

“Tertulis ke atas anak Adam habuan daripada zina, tidak mustahil didapati yang demikian.

Matanya berzina lewat pandangan.

Telingannya berzina lewat pendengaran.

Lisannya berbicara lewat percakapan.

Tangannya berzina lewat sentuhan.

Kakinya berzina lewat melangkah ke tempat maksiat.

Hatinya berzina lantaran bernafsu dan berangan-angan.

Dan kemaluannyalah yang membenarkan atau menidakkan (terjadinya zina itu).”

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)



Itulah sebabnya, al-Quran al-Karim menggariskan guideline jika ingin berbicara dengan lawan jantina, demi menjaga masalah zina hati ini.


“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik,”

(surah al-Ahzab [33]:32)

Itulah sebabnya Islam meminta kita bersama menundukkan pandangan. Nah, kalau menundukkan pandangan saja suatu yang ditegaskan, maka adakah boleh kita bersembang dan bergurau dengan lawan berlainan jantina tanpa urusan yang mustahak?



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

(Surah an-Nuur [24]:31)



Lagu “Antara Dua” Nyanyian Farah


Lebih malang lagi, adalah tatkala ada di kalangan mujahidah da’wah tidak benar-benar memutuskan hubungan dengan lelaki lain, tiba-tiba sebegitu berani membuka ruang untuk lelaki lain pula. Seolah-olah ia ingin menjadi seperti lagu Farah “Antara Dua”, iaitu harus mengumpulkan sebanyak lelaki yang ada, barulah ia memilih calon suami yang sesuai. AstaghfiruLLAH al-Azim! Wahai wanita muslimah, takutlah kamu pada ALLAH! Tidakkah kamu pernah mendengar sabda Nabi SAW yang mulia;


“Janganlah seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang itu meninggalkannya atau mengizinkannya.”

(Hadith riwayat Bukhari)


Nah, selagi anda tidak benar-benar putuskan hubungan anda dengan seseorang lelaki yang menyatakan minatnya pada anda, bagaimana mungkin seorang lelaki lain mahu menyatakan hasratnya untuk melamar anda? Hal ini dilarang oleh agama! Pertanyakan kembali niat anda; jika benar anda ingin menikah kerana ALLAH, maka anda sentiasa sanggup memutuskan dan menjauhi insan yang tidak memenuhi criteria mujahid da’wah yang sekufu dengan anda, lalu anda tidak kisah akan lain-lain criteria bakal suami anda, asalkan saja ia mujahid da’wah. Jika tidak, maka layakkah anda menjadi mujahidah da’wah?


Penutup


Akhirnya, saya terpaksa juga menegur gerakan-gerakan Islam yang tidak serius dan tidak menekankan keharusan menjaga interaksi antara lawan jantina. Saya menegur gerakan Islam yang tidak bersungguh membina kadernya dengan tarbiyah Islamiyah yang benar. Saya menegur gerakan islam yang tidak memerhatikan urusan hati dan interaksi para kadernya. Dan saya nasihatkan para mujahidah da’wah, agar kembalilah kepada niat, tujuan dan prosedur yang betul. Iaitu; 1) betulkan dan ikhlaskan niat 2) lobi mak ayah 3) mudahkan urusan pernikahan.

Untuk kesekian kali, perasaan saya begitu diguris melihatkan insan-insan yang mengaku berada di dalam gerakan Islam, tapi menganggap urusan cinta kerana ALLAH sebagai suatu bahan mainan. Ingatlah, pasangan hidup anda itu bukanlah hak milik -bererti tidak bisa dibeli, demanding, dan lain-lain barang duniawi yang bisa dihak miliki- tetapi ia adalah anugerah. Anugerah daripada siapa? Anugerah dari Ilahi. Lalu, dengan pemahaman seperti ini, anda akan benar-benar menjadi mujahidah da’wah, dan menyerahkan kepada ALLAH untuk menganugerahkan buat anda teman sehidup semati. Maka benarlah kata Rahim Razali; “isteri itu bukannya hak milik, tapi anugerah….”

Friday, April 18, 2008

TOKOH: Salahuddin Al Ayyubi

Salahudin Al-Ayubi atau tepatnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Salah Ad-Din Ibn Ayyub atau Saladin –menurut lafal orang Barat– adalah salah satu pahlawan besar dalam tharikh (sejarah) Islam. Satu konsep dan budaya dari pahlawan perang ini adalah perayaan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dengan sebutan maulud atau maulid, berasal dari kata milad yang artinya tahun, bermakna seperti pada istilah ulang tahun. Berbagai perayaan ulang tahun di kalangan/organisasi muslim sering disebut sebagai milad atau miladiyah, meskipun maksudnya adalah ulang tahun menurut penanggalan kalender Masehi.


Shalahuddin terlahir dari keluarga Kurdish di kota Tikrit (140km barat laut kota Baghdad) dekat sungai Tigris pada tahun 1137M. Masa kecilnya selama sepuluh tahun dihabiskan belajar di Damaskus di lingkungan anggota dinasti Zangid yang memerintah Syria, yaitu Nur Ad-Din atau Nuruddin Zangi.

Selain belajar Islam, Shalahuddin pun mendapat pelajaran kemiliteran dari pamannya Asaddin Shirkuh, seorang panglima perang Turki Seljuk. Kekhalifahan. Bersama dengan pamannya Shalahuddin menguasai Mesir, dan mendeposisikan sultan terakhir dari kekhalifahan Fatimid (turunan dari Fatimah Az-Zahra, putri Nabi Muhammad SAW).

Dinobatkannya Shalahuddin menjadi sultan Mesir membuat kejanggalan bagi anaknya Nuruddin, Shalih Ismail. Hingga setelah tahun 1174 Nuruddin meninggal dunia, Shalih Ismail bersengketa soal garis keturunan terhadap hak kekhalifahan di Mesir. Akhirnya Shalih Ismail dan Shalahuddin berperang dan Damaskus berhasil dikuasai Sholahuddin. Shalih Ismail terpaksa menyingkir dan terus melawan kekuatan dinasti baru hingga terbunuh pada tahun 1181. Shalahuddin memimpin Syria sekaligus Mesir serta mengembalikan Islam di Mesir kembali kepada jalan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Dalam menumbuhkan wilayah kekuasaannya Shalahuddin selalu berhasil mengalahkan serbuan para Crusader dari Eropa, terkecuali satu hal yang tercatat adalah Shalahuddin sempat mundur dari peperangan Battle of Montgisard melawan Kingdom of Jerusalem (kerajaan singkat di Jerusalem selama Perang Salib). Namun mundurnya Sholahuddin tersebut mengakibatkan Raynald of Châtillon pimpinan perang dari The Holy Land Jerusalem memrovokasi muslim dengan mengganggu perdagangan dan jalur Laut Merah yang digunakan sebagai jalur jamaah haji ke Makkah dan Madinah. Lebih buruk lagi Raynald mengancam menyerang dua kota suci tersebut, hingga akhirnya Shalahuddin menyerang kembali Kingdom of Jerusalem di tahun 1187 pada perang Battle of Hattin, sekaligus mengeksekusi hukuman mati kepada Raynald dan menangkap rajanya, Guy of Lusignan.

Akhirnya seluruh Jerusalem kembali ke tangan muslim dan Kingdom of Jerusalem pun runtuh. Selain Jerusalem kota-kota lainnya pun ditaklukkan kecuali Tyres/Tyrus. Jatuhnya Jerusalem ini menjadi pemicu Kristen Eropa menggerakkan Perang Salib Ketiga atau Third Crusade.

Perang Salib Ketiga ini menurunkan Richard I of England ke medan perang di Battle of Arsuf. Shalahuddin pun terpaksa mundur, dan untuk pertama kalinya Crusader merasa bisa menjungkalkan invincibilty Sholahuddin. Dalam kemiliteran Sholahuddin dikagumi ketika Richard cedera, Shalahuddin menawarkan pengobatan di saat perang di mana pada saat itu ilmu kedokteran kaum Muslim sudah maju dan dipercaya.

Pada tahun 1192 Shalahuddin dan Richard sepakat dalam perjanjian Ramla, di mana Jerusalem tetap dikuasai Muslim dan terbuka kepada para peziarah Kristen. Setahun berikutnya Shalahuddin meninggal dunia di Damaskus setelah Richard kembali ke Inggris. Bahkan ketika rakyat membuka peti hartanya ternyata hartanya tak cukup untuk biaya pemakamannya, hartanya banyak dibagikan kepada mereka yang membutuhkannya.

Selain dikagumi Muslim, Shalahuddin atau Saladin mendapat reputasi besar di kaum Kristen Eropa, kisah perang dan kepemimpinannya banyak ditulis dalam karya puisi dan sastra Eropa, salah satunya adalah The Talisman (1825) karya Walter Scott.

Wednesday, April 9, 2008

TADABBUR : Ia MilikMu


Bilionan manusia bertaburan di muka bumi ini. Menjalin sesuatu yang lazim dalam kehidupan manusia. Sesuatu yang berterusan berlaku. Setiap hari semakin bertambah. Kadangkala berkurang. Berbahagialah orang yang menerimanya. Sengsaralah orang yang kehilangannya.

Kewujudannya kadangkala membawa kepada suatu kebaikan yang berterusan. Membawa kita lurus ke jalan yang di redhai allah SWT. Adanya membuat kita mudah, membuat kita kuat. Dari hari ke hari kita berdoa, memohon agar ia terus kekal di sisi kita, moga ia tidak hilang begitu sahaja.

Kehilangannya buat kita sengsara, membuat kita menderita. Ia wujud tanpa kita ketahui. Kadangkala wujud bersahaja. Kadangkala terpaksa berusaha separuh nyawa. Mempertahankannya adalah sesuatu yang harus di lakukan bersama. Tidak akan kekal dari sebelah pihak sahaja.

Kadangkala wujudnya ia di salah erti. Di tokok tambah untuk memenuhi kehendak hati dan nafsu diri. Di warnai dengan berbagai warna supaya kononnya berseri. Di aluni berbagai irama agak tidak pernah sunyi. Lantas bila kita kehilangannya jiwa kita beku, hati kita mati.

Tidak pernah aku meminta rasa ini,

tidak pernah aku inginkannya,

tetapi ia makin kuat,

makin kukuh dari hari ke hari,

kemana harus aku letak rasa ini,

kadangkala aku ingin buang jauh dari hati,

kadangkala aku ingin tanamkannya jauh ke dalam bumi,

kadangkala aku ingin tenggelamkannya jauh ke laut mati,

mampukah aku menanggung setiap permintaanya,

mampukah aku menunai setiap kewajipannya,

mampukah aku turuti setiap kehendaknya,

setiap kali aku cuba lari,

hati ini mula kosong,

kekosongan makin buat aku rindu,

rindu pada kata dan janjinya,

rindu mengharap kasih darinya,

tidurku tidak pernah lena,

terganggu terkenang-kenang katanya,

lantas aku bangun kembali menumpahkan sepenuh cintaku kepadanya,

aku kenang semula semua janjinya,

aku baca berulang-ulang kali tulisannya,

aku cuba hafal setiap bait kata darinya,

airmata ini gugur kerananya,

aku mula sedar,

aku tak mampu lari darinya,

aku takkan pernah mampu berjauhan darinya,

seinci aku cuba lari,

beratus batu ia mengejarku,

menuntut pengorbanan dariku,

menuntut pengabdian dariku,

aku redha, aku terima,

aku kini hamba kepadanya,

hamba kepada ALLAH tuhan yang esa..

pintaku kepadaMU cinta hatiku,

janganlah Engkau lupakan diriku,

janganlah Engkau hilangkah kasihMU kepadaku,

janganlah Engkau hapuskan cintaMU kepadaku,

janjiku akan setia,

janjiku akan kekal selamanya,

janjiku diri ini, hati ini, jiwa dan raga ini milikMU selamanya,

ini janji ku,

cintaku kepadamu cinta teratas,

cinta ILLAHI.

Cintaku takkan berbelah bagi,

Hanya satu dan satu itu untukMU

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)” (QS2:165)

Akan aku perkukuh cintaku padaMu, munajat ku kepadaMu, agar aku sentiasa tetap dalam peliharaanMu

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” (QS7:55-56)

“Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” (QS94:8)

Dan sesungguhnya Engkau lah yang lebih memahami luar dan dalamanku, Engkaulah yang paling hampir denganku

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (QS50:16)

Aku takkan pernah ragu kepada kata-kataMU kerana janjiMU..

“kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” (Al Baqarah : 2)

©robbanic generation
88999 Kota Kinabalu

Monday, April 7, 2008

INFO: Antara Boikot dan Tidak


"Beberapa minit selepas saya menyiarkan artikel Boikot Produk Belanda, saya terbaca artikel tulisan blogger Saifulislam.com. Saya lampirkan disini. Kita baca dan fikir-fikirkan"
_robbanic generation


Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]

REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.


Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur