Wednesday, June 25, 2008

Golongan 3D vs Politik vs Ahli Agama?

Kebelakangan ini kita kerap mendengar pertelagahan antara beberapa penjuru parti politik di Malaysia. Perbalahan antara parti utama dan perselisihan dalaman parti. Sebelum ini aku agak kurang berminat untuk mengambil tahu perkembangan politik. Bosan dengan tuduhan dan tohmahan sesama mereka. Saling menuding jari bila sesuatu masalah timbul.

Yang lebih memalukan lagi, pertelingkahan berlaku antara pemimpin-pemimpin melayu secara umumnya atau pemimpin-pemimpin islam khasnya. Di mana letaknya kewarasan mereka dalam berfikir? Pemimpin yang mentadbir negara selama puluhan tahun mencaci dan mencemuh pemimpin yang baru membuka langkah. Inikah wajah sebenar politik? Inikah wajah sebenar pemimpin-pemimpin negara?

Campur tangan mufti tidak memberikan kesan. Demi kemaslahatan ummah pemimpin-pemimpin langsung tidak menghiraukan cadangan atau unjuran dari mufti supaya mereka duduk berbincang untuk mencapai kata sepakat. Kalau pun tidak, supaya tidak berlaku perbalahan yang memalukan.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula satu golongan manusia yang aku kategorikan sebagai Duri Dalam Daging (3D) mengeruhkan lagi keadaan. Semua bermula apabila seorang sahabat di semenanjung memberikan satu URL kepada aku sewaktu kami berbual melalui YM.

Bantah konsert ‘ego orang agama’ menjadi tajuk utama artikel tersebut. Beberapa minit membaca artikel tersebut buat aku tidak keruan. Penghawa dingin di pejabat tidak aku rasakan kedinginannya. Mula berfikir itu dan ini. Komen-komen insane 3D ini aku rasakan amat tidak relevan sama sekali. Antara isi artikel tersebut adalah golongan-golongan 3D ini membantah atau mengecam rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert Ella dan Mas Idayu yang dijadual berlangsung 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Pada ketika post ini di tulis, aku tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Tapi atas kesedaran sebagai umat islam, aku rasakan golongan 3D ini akan merosakkan dan menjatuhkan moral dan akhlak saudara seislam kita.

Seorang komposer terkenal yang juga merupakan bekas suami Sheila Majid, Roslan Aziz memberikan kenyataan atau komen yang mengelirukan. Sama seperti kebiasaannya memberikan komen dalam mana-mana rancangan realiti TV. Roslan Aziz tidak sedar yang dia sekarang berada dalam realiti dunia ciptaan Allah SWT. Dunia di mana setiap perlakuan, percakapan, amal dan ibadat kita di nilai oleh Khaliq atau pencipta kita untuk di hisab di padang masyhar kelak.

“Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.”

Sekali imbas kelihatan dia berpihak kepada Parti Se Islam Malaysia (PAS). Cuba bercakap dari sudut agama dan politik. Tetapi kenyataan berikutnya semakin mengelirukan.

“Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.”

Ulasnya lagi mengkritik kepimpinan PAS. Pada masa itu fikiran saya mula mencongak-congak yang Roslan pro kepada BN atau UMNO. Namun sangkaan saya meleset apabila meneruskan pembacaan artikel tersebut.

“Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget,”

Nah, disinilah kenyataan atau komen yang menunjukkan Roslan masih lagi berkhayal dalam dunia Realiti TVnya. Dia tidak sedar yang setiap percakapan atau ulasannya akan memberi kesan yang besar kepada masyarakt dan bukan hanya kepada “finalis-finalis” Realiti TV! Mungkin Roslan masih lagi terkenang-kenang saat-saat dia menjadi pengetua Akademi Fantasia musim lalu.

Pada saat saya merasakan Roslan membela “teman-teman seangkatannya” (artis) sangkaan saya meleset sekali lagi.

“Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa. Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa,”

Betullah seperti yang saya gelarkan, mereka ini adalah golongan 3D yang menjadi anasir utama kerosakan ummat. Bukan kerana politik, bukan kerana hiburan semata-mata. Tapi golongan 3D inilah parasit utamanya.

Roslan sepatutnya sedar, dia tidak mempunyai biar sekelumit pun HAK untuk bersuara. Malahan bagi aku secara peribadi, kita tidak wajar mengiktiraf dia sebagai warganegara Malaysia. Meremeh-remehkan pentadbiran politik negara dan merendah-rendahkan orang-orang agama secara terbuka.

Dia langsung tidak menunaikan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin negara, jadi apakah haknya untuk memprotes itu dan ini?

“Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah. Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia. Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain,”

Ini AZAM Roslan. Azamnya untuk terus mencari ruang merosakkan akhlak dan moral masyarakat.

Ketika aku melayari akhabar online The Star, tajuk utama akhbar tersebut membuatkan aku terkesima. Seorang yang sepatutnya menjadi pelindung kepada agama islam dengan mudah menyifatkan semua kekecohan ini adalah perkara remeh dan hipokrit.

S**** described the protest over rock queen Ella and dangdut singer Mas Idayu as “hypocritical” and “trivial”.

Dan dalam berita TV3 malam tadi, penganjur Piala Sultan Selangor mula mengagihkan tiket percuma kepada semua sekolah-sekolah berhampiran untuk memeriahkan lagi perlawanan tersebut.

Beberapa pelajar lengkap berpakaian sekolah sebagai simbolik, bergambar bersama poster dan tiket masuk serta penganjur di atas pentas. Pada masa dan ketika itu aku mula pasti ROSLAN AZIZ TERSENYUM LEBAR kerana Realiti TVnya mula menjadi realiti.

robbanic generation,

88999 kota kinabalu

sabah

rujuk:

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/18/nation/21582000&sec=nation

http://www.malaysiakini.com/news/84615

1 comment:

infogue said...

artikel aanda;

http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/golongan_3d_vs_politik_vs_ahli_agama_

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!