Perjalanan ke mana sahaja buat aku rasa lemah. lemah melihat keletah remaja islam kita. lemah melihat teman-teman sekuliah. betapa kita tak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. membazirkan setiap detik dan denyut nadi kita di muka bumi ini. sampai bila semua ini?
lama aku harap. harap dengan sungguh. harap agar aku kembali bersemangat. harap agar adik2 ku menyedari kurnia Allah. harap agar kesayanganku menyedarini nikmat yang Allah limpahi.
warkah ini aku tulis buat adik-adik ku, buat kesayanganku, buat buah hatiku dan buat pengarang jantungku...
Adik-adik ku,
Bangunlah adik-adik ku,
Bangkitlah dari tidurmu,
Singkapkan selimut yang hangat menutupi tubuh adik2 di malam yang dingin,
Tinggalkan jauh mimpi2 indahmu,
Adik-adik ku,
Di kala adik2 enak tidur,
Enak berselimut kain tebal,
Enak makan di hidang ibu adik2 tercinta,
Masih ada insan yang tersangat seksa perjalanan hidupnya,
Tahukah adik2,
sahabat adik2 nun jauh di Palestin meratap menangis hiba,
Berlarian dari satu dinding batu ke dinding batu yang lain menuju ke sekolah,
Mengelak dari terkaman peluru2 zionis,
Mengelak dari letupan bom yang entah bila akan meletus,
Sampai bila perjalanan ini harus mereka lalui,
Nasib tidak berketentuan,
Entah esok,
entahkan lusa,
mereka mati di tembak tentera,
mungkin tika adik2 hanyut dalam dunia indah adik2 bersama kawan tercinta,
mereka bermati2an menahan dan melindung kawan2 dari serangan2 tentera,
sakitnya,
sakitnya kulit terbakar dek letusan bom,
sakitnya kulit terkoyak dijahit di sana sini,
sakitnya mata tak mampu melihat lagi,
sakitnya kudung kedua2 belah kaki,
adik2 ku,
sedarlah, bangkitlah, hargai apa yang adik2 miliki selama ini…
sayang ku,
buah hati ku,
pengarang jantung ku,
cantik rambutmu ditiup angin petang,
indah warnanya di simbah mentari senja,
warna hitam ikal mayang,
sesekali kau selak rambut mu kebelakang,
nampak panjang mengurai,
sayangku,
buah hatiku,
pengarang jantungku,
tahukah sayang ku disana nun jauh di iran,
gadis2 muda seusiamu bermatian berlarian di jalan,
tahukah buah hatiku nun jauh disana ,
gadis2 cantik seusiamu di heret sepanjang jalan,
tahukah kau pengarang jantung ku nun jauh disana,
gadis2 cantik seusiamu di kasari tentera2 tak berperikemanusiaan,
tahukah kau semua ini sayang ku,
tahukah kau semua ini buah hatiku,
tahukah kau semua ini pengarang jantungku,
kenapa mereka berlarian?
Kenapa pula mereka diheret sepanjang jalan?
Dan kenapa mereka di kasari tentera tak berperi kemanusiaan?
Kerana sehelai kain yang menutupi kepala mereka,
Kerana sehelai kain yang melindungi rambut mereka,
Kerana labuhnya pakaian mereka,
Kerana panjangnya lengan baju mereka,
Sayang ku,
Buah hatiku,
Pengarang jantungku,
Pandang rambut mu,
Hitam dan cantik,
Lihat pula bajumu,
Cantik lagi molek,
Kerling pula lenganmu,
Putih tersangat gebu,
Adilkah ini sayangku,
Adilkah ini buah hatiku,
Adilkah ini pengarang jantungku,
Mereka bermatian mempertahan aurat yang ada,
Mereka bermatian mempertahan maruah yang tersisa,
Sayang ku pula?
Sayangku pula bermatian membuka aurat selagi mampu,
Buah hatiku pula bermatian menayang rambut selagi daya,
Pengarang jantungku pula bermatian menjual maruah selagi ada!

No comments:
Post a Comment