Sunday, April 6, 2008

AKHBAR ALAM ISLAMI: Sokong Boikot produk Belanda: Ulama Malaysia dan Indonesia


SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia
menyokong tindakan memboikot barangan
buatan Belanda sebagai tanda bantahan
terhadap penerbitan filem Fitna yang
secara terang menghina Islam.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri
Harussani Zakaria, berkata majlis itu
bersetuju dengan tindakan badan bukan
kerajaan (NGO) memboikot barangan
keluaran Belanda bagi menyuarakan
kemarahan terhadap penerbitan filem itu.

"Hubungan perniagaan adalah hubungan
kerajaan, kita boikot barangan itu untuk
tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap
kerajaan negara mereka yang membenarkan
filem itu ditayangkan.

"Umat Islam dilarang mencaci agama lain,
haram bagi orang Islam mencaci agama
lain, sebab itu kita kena lawan dan
kalau hendak jawab, kita boleh jawab
macam-macam. Kita juga hanya boleh
menyatakan kebenaran agama kita dan
bukan dengan mencaci kepercayaan orang
lain," katanya.

Harussani turut menyelar pemimpin Parti
Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana
menghasilkan filem itu serta sengaja
menggunakan petikan tidak lengkap ayat
al-Quran berkaitan jihad bagi
menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.

"Filem ini betul-betul fitnah kepada
kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang
perintahkan kita berjihad dengan orang
kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat
berkenaan menceritakan bagaimana orang
kufur menentang umat Islam, cuba nak
hapuskan Islam.

"Perintah kepada orang Islam supaya
berjihad mempertahankan agama, tapi dia
ambil kalimah yang al-Quran mengajar
supaya membunuh orang, pancung orang,
seolah-olah itulah perkara sebenar...
sedangkan ayat itu tidak ditunjukkan
sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang
media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan
Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ) Bil
54/1.2008, Kementerian Dalam Negeri di
sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPPPQ,
Datuk Noh Gadut serta Pengerusi Lujnah
Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran,
Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Penerbitan filem 15 minit itu
mencetuskan kemarahan umat Islam di
seluruh dunia dan beberapa NGO serta
pertubuhan politik di negara ini turut
melancarkan kempen memboikot barangan
buatan Belanda.

Filem itu yang antara lain menyelitkan
imej peristiwa 11 September 2001 dan
serangan bom di stesen Madrid pada 2004
dengan beberapa petikan ayat al-Quran,
mula disiarkan menerusi internet mulai
Khamis lalu.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata
Wilders mempunyai agenda tidak baik
terhadap Islam apabila sengaja tidak
menyiarkan ayat al-Quran yang
memerintahkan umat Islam menghormati
sesama manusia dan melarang mereka
berkelahi dengan orang kafir jika tidak
diancam.

Sementara itu, Noh yang juga Mufti Johor
berkata, kehebatan Islam sudah
ditonjolkan pada zaman Rasulullah SAW
menerusi Piagam Madinah yang memberi
keadilan kepada semua termasuk bukan Islam.

Malah, katanya, ketika peperangan pun
tentera Islam tidak dibenarkan
menganiaya orang tua, wanita,
kanak-kanak, pokok dan haiwan atau
mereka yang berlindung di tempat ibadat.

"Kita perlu ingat, Islam berkembang
bukan kerana pedang tetapi kerana
kemanusiaan dan pendekatan tanpa
membezakan warna kulit dan kedudukan,"
katanya.

Di JAKARTA, Majlis Ulama Indonesia
menggesa supaya barangan dari Belanda
diboikot dalam bantahan dunia terhadap
penerbitan filem itu.

Jurucakapnya, Ma'ruf Amien berkata
Majlis Ulama mengambil ketetapan itu
kerana penghinaan pengeluar filem
Belanda berkenaan terhadap agama Islam.

Awal pagi semalam, kira-kira 50 pelajar
Islam memasuki perkarangan bangunan
konsulat Belanda di Indonesia dalam satu
tunjuk perasaan membantah filem anti
Islam itu.

Penunjuk perasaan berkenaan mengoyakkan
bendera di bangunan berkenaan di Medan,
kata seorang jurucakap kedutaan Belanda,
Gonneke De Ridder.Stesen radio el-Shinto
melaporkan penunjuk perasaan juga
melontarkan batu ke arah konsulat dan
membakar bendera tetapi perkara itu
tidak dapat disahkan jurucakap berkenaan.

Sumber :
[url]http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080402231652/Article/index_html[/url]


Setakat ini yang menyokong Kempen
Memboikot ini :

(1) al-ahkam.net (AAN)
(2) Institut al-Qayyim (IQ)
(3) Parti Islam Semalaysia (PAS)
(4) Ustaz Zahruddin Abdul Rahman (UZAR)
(5) Dr Yusoff al-Qaradaawi
(6)Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti
Kerajaan Perak
7) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
(8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM)
(9) Majlis Fatwa Kebangsaan
(10) Tun Dr Mahathir Mohamed)
(11) Tranungkite.net
(12) Presiden Soesilo Bambang Yudhoyono
(12) Datuk Noh Gadut ( Mufti Kerajaan Johor)
(13) Majlis Ulama Indonesia

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain


Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim

No comments: