Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi
begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai
mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.
Yang penting mereka puas melihat muka
mangsa-mangsa mereka merah padam
kerana dipermain-mainkan.
Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di
Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-
tentera Kristian.
Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol
oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq bin
Ziyad r.a. bersama bala-tentara para
Muslimin(sahabat r.ahum) Mereka
berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan
Islam tersebar ke seluruh Spain.
Menjelang masa... orang-orang barat
Kristian/Yahudi kurang senang dgn
kemajuan Sepanyol dari segi sains dan
ilmu. Ketahuilah bahwa Universiti
pertama didunia dibina oleh kaum
Muslimin di Sepanyol !!
Maka mereka
sering serang Sepanyol tetapi gagal
kerana iman dan amal kaum Muslimin
begitu teguh sekali.
Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quraán.
Islam kata solat mereka solat, tutup
aurat mereka pakai tudung denqan juga
tidak berzina dan minum arak. Kerana
itu bantuan allah sentiasa bersama
kaum Muslimin di Sepanyol.
Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim
Sepanyol mulalah lemah. Orang barat
tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran
Al-Qurán mereka tiada boleh takluki
Sepanyol.
Maka mereka hantar arak
secara percuma ke Sepanyol..wanita2
joget(belly dancers), menyebarkan cara
gaul bebas dan sebagainya. Lama-
kelamaan kaum Muslimin termakan juga
perdayaan barat itu.
Ramai antara muslimin/muslimat kaum
muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara
hidup barat hingga minum, zina dan
sebagainya.
Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt. Di saat-
saat inilah bila Muslimin Sepanyol
telah lemah maka tentera Barat serang
Sepanyol dan akhirnya menang dan
menakluki Sepanyol setelah Islam di
Sepanyol selama 600 - 800 tahun.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(the Moors ) terpaksa berlindung di
dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas
hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini,
diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal
yang berlabuh di perlabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau
sekiranya tawaran tersebut merupakan
suatu penipuan, telah pergi ke
perlabuhan untuk melihat kapal-kapal
yang dimaksudkan. Setelah berpuas
hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak.
Keesokan harinya: ( 1 April ), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan lalu
menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-
penduduk Islam ini. Mereka(muslimin)
juga tidak sempat untuk menaiki kapal
kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum
muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak
kecil. Peristiwa berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi
juga di serata dunia. Yang
menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil mengenai peristiwa ini turut
meraikan April Fool's Day (Hari kaum
Muslim Spanyol 'difooled' -dibunuh
semuanya) tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk
kita.
Wednesday, March 26, 2008
SEMASA: The fool of April fool
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment